C86

1.8K 259 76
                                    

MUKA Sayf berkerut dengar cerita Nufa tentang Nourin. Nyata lelaki tak puas hati dengan girl bestfriend Nadhif itu. Geram, bangku dipukul kuat buat Nufa menoleh memandang lelaki itu.

"Eee, geramnya aku!" Dahu dah berkerut habis.

Tersenyum kecil, Nufa sambung semula sidai duvet di ampaian. Dah nak masuk bakul ketiga dah.

"Yang kau nak geram lebih-lebih kenapa? Yang kena tu aku, bukan kau." Bidas Nufa sambil geleng kecil.

Sayf julingkan mata ke atas. Bangun dari duduk, Nufa dihampiri sebelum dihalau Nufa ke tepi. Mahu bantu Nufa sidai duvet yang besar.

Nufa diam-diam patuh. Bersandar dia di tiang ampaian sambil peluk tubuh. Mata tak lepas pandang Sayf.

"Memang lah kau yang kena. Kalau aku yang dengar aje ni dah geram gila-gila, apatah lagi kau yang kena hadap. Sangat tidak lurve ya khianat dengan kaum sendiri!" Kata Sayf.

Nufa hanya gelak kecil.

"Rileks lah. Aku takde lah geram sangat. Biasa-biasa aje." Kata Nufa mudah.

Mula-mula tu geram lah. Lepas tu menyampah. Lama-lama, rasa biasa aje sebab yakin dengan setiap kata dan perlakuan Nadhif. Bahkan tambah yakin dengan kata-kata Hajah Fazila sebelum mereka pulang ke sini tempoh hari.

"Abang tu, mak tengok memang jatuh cinta sungguh-sungguh dengan Nufa. Tak pernah lah mak tengok dia begitu. Hatta dengan sesiapa pun, ini kali pertama dia macam tu." Hajah Fazila berkata sambil pandang lurus Nadhif yang sedang berborak dengan Haji Ghazali di depan kereta.

Nufa tersenyum malu.

"Maksud mak macam tu tu, macam mana?" Ingin tahu, Nufa bertanya. Dia bukan tahu sangat pun perangai Nadhif sebelum berkahwin bagaimana.

Hajah Fazila senyum. Nufa dipandang.

"Setiap pandangan matanya punya sinar. Tak lekang senyum di bibir bila berhadapan dengan Nufa. Dan lagi satu. Manjanya! Ya ampun! Dengan mak pun dia tak manja mengada macam tu. Sikit-sikiy mahu menyendeng. Parah!" Balas Hajah Fazila dalam tawa kecilnya.

Nufa makin malu. Tunduk dia memandang kaki sebelum pandangan dibuang kepada Nadhif.

Kelu seketika bila pandangan matanya bertemu dengan Nadhif. Makin kelu bila lelaki itu ukir senyum walaupun terlihat rancaknya bualan bersama Haji Ghazali.

Bahu Nufa ditepuk Hajah Fazila perlahan.

"Tu kan mak bagitahu. Jauh-jauh pun tak hilang ingatan daripada isteri."

Nufa hanya geleng kecil. Wajah dah merah. Terlalu segan.

"Mak ni. Ada-ada aje lah."

"Nufa Huwainaa!"

Terhinjut bahu Nufa bila dijerit kuat oleh Sayf. Hilang terus perbualannya dengan Hajah Fazila. Diganti dengan tatapan menyampah daripada Sayf.

"Apa kau ni jerit-jerit?" Soal Nufa tak puas hati. Langkah dibawa menuju ke bangku.

Sayf peluk tubuh.

"Haah. Memang aku tak boleh jerit sedarkan kau yang dah sengih-sengih macam orang gila. Aku cakap apa pun kau tak dengar! Aku tanya pun kau tak menjawab!" Sebal Sayf. Bakul disepak perlahan dengan kaki.

Nufa berdeham perlahan. Segan bila tertangkap dengan Sayf.

Duduk di sebelah Nufa, Sayf pandang Nufa agtas bawah, atas bawah sambil senyum menyakat.

"Bukan main ya kau sekarang. Pandai sengih-sengih dah bila ingat Adep. Kalau dulu, sebut nama pun tak boleh. Masuk dalam fikiran pun dah cop diri gila. Amboi! Bukan main dia ni!" Kata Sayf.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now