C10

2.3K 304 32
                                    

BERLAGAK selamba, itu yang Nufa sedang lakukan sekarang. Tak dia endahkan langsung pandangan orang sekeliling kepadanya. Makanan yang masih berbaki separuh di dalam bekas polisterin dihabiskan dengan tenang. Dan sesekali dia melayan bicara ramah Halwa yang sibuk bercerita itu dan ini kepadanya. Tapi banyak-banyak Halwa cerita, semuanya bagai angin lalu sahaja. Masuk telinga kanan Nufa, keluar dia telinga kiri.

'Eee, kenapa lah masa ni ramai pula yang nak duduk kat kafe ni. Lelaki pula tu!' Omel Nufa dalam hati.

Mata mula mengerling arah kanannya. Memang penuh lelaki. Kebanyakan mereka remaja. Nufa tak malu sangat mengenangkan mereka yang remaja tu, masalahnya kat meja sebelah dia ni, ada 5 orang lelaki dewasa. Dan semua seksi-seksa pada pandangannya.

Masing-masing dengan t-shirt sleeveless jenama Adidas. Ada warna hitam, ada warna putih dan ada warna kelabu. Memang tertayang habis otot-otot kental mereka. Tak cukup itu, rambut masing-masing pula sedikit lembab. Macam baru dibasuh. Ya Allah, sungguh hot ya pemuda-pemuda ini. Rezeki!

"Kakak?" Panggilan Halwa buat Nufa tersentak. Terus dia alihkan pandangan memandang gadis itu. Jelas raut bingung di wajah manis itu.

'Kantoi ke aku usyar meja sebelah tadi?' Soal Nufa dalam hati. Dia berdoa agar tak kantoi.

"Kakak okey tak? Macam tak selesa aje?" Soal Halwa.

Nufa pejam mata. Tenang. Cuba bertenang. Lagi satu cuba untuk hilangkan rasa hairannya juga. Halwa ni... macam tak terkesan langsung dengan bilangan lelaki-lelaki di mini kafe kedai buah ini sekarang. Selamba aje. Gelak sana. Gelak sini. Cerita itu. Cerita ini. Tak segan ke gadis itu?

Buka mata, Nufa terkerling meja sebelah dan tanpa sengaja dia bertembung pandang dengan Haikal. Ya. Haikal antara lelaki dewasa yang duduk di meja sebelah. Dia lah yang pakai t-shirt sleeveless Adidas warna kelabu. Geli pula rasa lihat bahagian dada baju itu yang basah dek peluh. Eee!

Laju mata pandang Halwa semula. Tangan kiri dah naik urut pelipis kepalanya lembut. Stress bila dia tangkap senyum sinis lelaki itu kepadanya tadi. Eee, dia bukan nak mengusyar ya. Ter! Faham kan maksud ter?

"Kakak? Okey tak ni?" Soal Halwa sekali lagi bila dia tak mendapat jawapan.

"Okey, okey. Err, kakak nak balik boleh tak Halwa. Tak selesa lah. Ramai lelaki. Halwa pun mesti tak selesa kan?" Nufa mahu minta pamit. Makin dia berlama, makin dia resah.

Halwa terpinga-pinga dengar soalan Nufa. Bila lihat Nufa seperti mengerling ke sebelah, campur lagi dengan wajah yang dah ditutup dari pandangan orang ramai, Halwa terus mengangguk kecil. Dia macam : Ooooo, faham! Faham!

"Alah, kakak. Kakak makan tenang-tenang. Ni semua budak kelas atas. Mereka memang selalu lepak sini bila habis kelas." Beritahu Halwa. Tangan dah naik ke udara seperti menghalau rasa tidak selesa Nufa pergi.

Dahi Nufa berkerut sedikit.

"Budak kelas atas?"

Halwa angguk. "Haah. Atas ni kat kelas Art Material Abang Haikal?"

"Ooo..." Membulat bibir Nufa sambil kepala mengagguk kecil. Faham! Faham!

Mata mengerling sekali lagi memandang sebelah. Dan sekali lagi Nufa tersentak. Kali ini bertembung mata dengan Nadhif pula. Tidak seperti Haikal tadi, muka lelaki itu kosong sahaja tanpa riak. Tak sempat dia nak alih pandang, lelaki itu dah terlebih dahulu menjelingnya sebelum pandangan bertukar arah.

Eee! Sumpah Nufa nak carut. Kau ingat kau hensem dengan t-shir sleeveless hitam tu? Dah lah perli dia tadi!

"Lap mulut tu. Ai liur kau macam air terjun."

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now