C90

2.1K 219 51
                                    

KERETA yang dipandu Nadhif sudah berhenti. Serentak Nufa dan Halwa berhenti berborak rancak. Mata masing-masing melilau memandang sekeliling sebelum sama-sama mereka senyum kepada Nadhif.

Lihat perilaku dua perempuan itu, Nadhif menggeleng kecil. Bibir memang dah ukir senyum kecil lihat tingkah comel mereka.

"Korang ni meerkat ke? Semua benda nak serentak?" Soal Nadhif. Tali pinggang keledar sudah dicabut dari picunya.

Nufa dah berkerut dahi dengar perumpamaan si suami. Halwa pula lebih suka untuk lepaskan tawa kecil sahaja.

"Meerkat comel apa?" Nadhif bela diri bila lihat kerutan halus di dahi Nufa. Menjuling ke atas terus mata Nufa.

Apa-apa lah Nadhif Hamza. Asalkan kamu bahagia.

Halwa hanya senyum sahaja lihat momen abang dan kakak iparnya. Tidak mahu terus menggnggu, Halwa terlebih dahulu keluar daripada kereta setelah dia minta pamit.

Nufa melambai kepada Halwa sebelum dia cabut tali pinggang keledarnya. Kemudian, Nadhif dipandang. Lelaki itu hanya senyum halus sahaja.

"Okey, b. Waina masuk kerja dulu. Doakan Waina ya?" Pinta Nufa sambil tangan dihulur untuk bersalaman dengan Nadhif.

Tersenyum, Nadhif mengangguk sekali sebelum kepala Nufa diusap perlahan.

"Abang sentiasa doakan isteri abang ni." Manis ucapan Nadhif buat jiwa Nufa cair.

Best betul bercinta selepas nikah bersama Nadhif. Hari-hari bahagia. Cuma ada lah langau-langau yang buat kehidupan mereka berbau sedikit.

"Terima kasih. Now, can I get my salam?" Ucap Nufa. Tangan makin dihulur kepada Nadhif.

Pincing mata Nadhif memandang Nufa yang dah senyum mengejek. Suka lah tu dapat bahan dirinya guna ayat yang dia pernah guna dulu.

"Aip. Mata tu dah kenapa? Kata cinta Waina seorang sahaja. Sampai mati Waina seorang sahaja. Baru usik sikit, dah takde lah loving eyes tu?" Nufa galak mengusik. Tolak segan bila teringat semula madah cinta Nadhif di hadapan semua. Lebih suka untuk menyakat.

Nadhif sandarkan tubuh di kerusi. Mata dah juling ke atas sambil topi dibetulkan beberapa kali. Kalau belum kahwin, mahu tepat kena topi ini di wajah Nufa. Tapi kalau nak buat sekarang pun takde masalah kan?

Nufa mengekek suka lihat gaya pasrah Nadhif diusik. Laju dia paut lengan Nadhif sebelum dipicit lengan berotot itu beberapa kali.

Kegelian gamit Nadhif untuk tahan tangan Nufa dari terus memicit lengannya. Tajam pandangan mata beri amaran kepada si isteri.

Sengaja sungguh! Dia tahu dah kita sensitif di situ, mahu juga jadikan bahan usikan!

Nufa hamburkan tawa. Tak hirau apa, terus dipicit lagi lengan Nadhif beberapa kali. Bila Nadhif meringis, baru lah Nufa menjauh sambil angkat tangan tanda pasrah. Muka semestinya tak tunjuk riak bersalah langsung.

"Pergi masuk kerja cepat lah! Abang nak kena gerak dah ni." Halau Nadhif. Ditolak bahu Nufa beberapa kali. Kasar betul dengan isteri! Ada juga perangai yang belum berubah rupanya.

Dengar kata-kata Nadhif, dahi Nufa berkerut.

"B nak gerak pergi mana?" Soal Nufa kehairanan. Cuba dia ingat kembali. Mana tahu Nadhif ada tahu nak ke mana, tapi dia yang lupa.

Bak kata Nadhif. Sejak bahagia dengan lelaki itu, semua benda nak lupa.

Nadhif senyum senget.

"Abang nak pergi tempat best, tapi Huwainaa tak boleh ikut." Beritahu Nadhif dengan senyuman mengejeknya.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now