C40

2.4K 289 116
                                    

PINTU ditutup rapat sebelum tangan naik mencekak pinggang sendiri. Di bibir sudah tertempel senyuman lebar. Pemandangan hijau yang luas terbentang di hadapan mata benar-benar susupkan rasa tenang ke dalam hati. Tanpa lengah, terus tangan naik merenggang sambil nafas ditarik dalam-dalam. Tak peduli dengan kesejukan yang makin menggigit kulit.

Nadhif hanya diam memandang Nufa yang ala-ala buat iklan di television. Kepala menggeleng perlahan sebelum kaki dibawa menjauh daripada Nufa. Malas mahu berlama lihat aksi entah apa-apa gadis itu. Macam tidak pernah ke Cameron Highland aje gayanya.

"Wah! Kita betul-betul kat Cameron lah!" Sorak Nufa gembira. Namun rasa gembira itu beransur hilang bila telinga tak dapat menangkao suara Nadhif.

Nufa menoleh. Jatuh terus senyuman bila lihat Nadhif yang sudah semakin menjauh. Tak menoleh ke belakang lelaki itu memasuki sebuah restoran yang terkenal di kawasan Tanah Rata.

"Hish, mamat ni!" Sebal Nufa jadinya. Kaki dihentak sekali dua sebelum langkah Nadhif dikejarnya.

Sedar Nufa yang semakin menghampiri, Nadhif berhentikan langkah, menunggu. Bila tinggal beberapa tapak sahaja Nufa mahu hampir, Nadhif ambil langkah besar semula dan kemudia tidak toleh ke belakang lagi. Selamba masuk dan ambil tempat duduk yang kosong.

Melihatkan perlakuan Nadhif, Nufa rasa nak cekik-cekik sahaja lelaki itu. Sungguh menyebalkan hati. Kalau begini cara layannya, sumpah Nufa menyesal. Baik dia tak payah ikut! Kata nak tengok tembikai! Mana entah! Yang ada Abang Strawberry ni hah! Huh!

Tak peduli tentang Nufa, Nadhif terus ambil buku menu. Makin sebal Nufa jadinya. Nadhif betul-betul buat dia tak wujud. Sudahnya dengan sebal hati itu, Nufa ambil juga tempat duduk berhadapan dengan Nadhif. Masam sahaja mukanya. Dan mungkin si abang pelayan perasan, berkerut dahinya.

Nadhif mengerling sekilas kepada Nufa sebelum buku menu diberikan kepada Nufa.

"Order. Tadi kebulur." Selamba sahaja Nadhif beri arahan dan mengutuk. Kemudian tanpa rasa bersalah, lelaki itu terus keluarkan telefon. Tak peduli apa-apa lagi.

"Biadap!" Tak mahu kalah, Nufa ikut sama mengutuk sebelum menu ditarik dengan kasar.

"Ehem." Nufa pandang abang pelayan di sebelah. Jelas kekok abang itu dibuatnya. Sengih pun keras semacam aje.

"Err, akak dengan abang pilih dulu. Dah siap pilih, panggil saya semula. Akak angkat aje tangan, berdesup saya datang sini." Kata abang pelayan. Nufa diberikan thumbs up dan Nufa hanya senyum bersetuju.

"Nice. Tengok-tengok dulu. Kita ada banyak yang sedap-sedap kat sini. Yang manis-manis macam akak pun ada."

Nufa langsung tertawa kecil. Sedikit cringe, tapi Nufa terhibur. Makin terhibur bila lepas hadap Nadhif yang menyebalkan!

Namun Nadhif, bila dengar sahaja ayat si abang pelayan, laju sahaja matanya naik menjeling Nufa. Menyampah bila lihat senyum yang terbentuk di bibir Nufa. Bukan itu sahaja, abang pelayang pun dijeling sekilas.

"Order lah cepat. Abang pun, kata nak pergi tadi." Halau Nadhif selamba tanpa mengangkat wajah dari telefon. Wajahnya biasa sahaja. Nada yang diguna pun biasa-biasa sahaja. Takde nak menengking atau apa, tapi cukup buat si abang pelayan beredar pergi. Berdesup macam yang dikatakan tadi.

Nufa julingkan mata. Tanpa hiraukan Nadhif, buku menu dilihat. Makanan serta minuman yang ditawarkan benar-benar membuka seleranya. Terus bibir naik senyum. Mata pun dah bersinar suka.

"Sedapnya!" Teruja suara Nufa. Dalam kepala dah terbayang makanan dan minuman semua ini di atas meja.

"Aku boleh order semua ke?" Soal Nufa tanpa angkat wajah.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now