C28

2K 270 57
                                    

TANGAN naik melambai Warda yang sudah menghampiri kereta Putra. Senyum Nufa melihat pasangan kekasih itu. Tumpang bahagia sekali. Untung sungguh bila seharian penat bekerja ada orang yang tersayang menyambut sekali gus menghilangkan lelah yang terasa. Beberapa pulan lepas, Nufa ada orang sebegitu. Tapi, sekarang dah tiada lah. Sekarang ada Sayf sahaja.

Teringat Sayf yang janji untuk ambil dia, jam di tangan terus dipandang. Berkerut dahi sambil mata dah melilau mencari-cari kereta Sayf. Selalunya, tidak lama selepas Putra datang, Sayf akan datang. Maklum lah. Kawan tak nak sakitkan hati sendiri dengan lihat crush bersama orang lain. Hahaha!

"Mana pulak mamat ni?" Soal Nufa sendiri. Telefon dibawa keluar dari totebag. Mahu telefon Sayf, tanya di mana keberadaan lelaki itu.

Lekap telinga di telefon, mata kembali melilau memandang sekeliling. Mana tahu dia terlepas pandang ke tadi. Namun, mata yang bergerak-gerak sedari tadi terus berhenti pada satu arah. 

"Tu bukan kereta dia ke?" Kaki Nufa menapak menuruni tangga. Laju langkah menghampiri kereta Sayf. 

"Hello!"

Serentak kaki Nufa berhenti di hadapan kereta Sayf, serentak itu juga Sayf menjawab panggilannya. Nufa terus tegak bada. Satu tangan naik menongkat di kereta sambil mata tak sudah-sudah melihat isi dalam kereta yang kosong tanpa ada seorang Sayf Hakim.

"Kau kat mana?" Soalan pertama terpacul keluar. Dahi yang tidak gatal digaru perlahan. Tanda hairan. Ada kereta Sayf, tapi orangnya tiada. Mana lelaki itu pergi?

"Oh, kau dah habis kerja eh?"

Nufa lepas nafas kecil. 

"Dah. Cepat lah. Jom balik. Eh, tak! Aku nak makan sate. Bawa aku pergi mana-mana restoran sate sedap boleh?" Pinta Nufa. Hujung bibir dilap perlahan. Urgh! Terbayang sate panas-panas buat deria rasanya hidup!

Sayf gelak sahaja.

"Boleh, boleh. Tapi, kejap eh. Aku tak habis sembang lagi ni. Kau bagi aku lima minit boleh? Lepas tu aku bawa kau makan sate dekat tempat best." Balasan Sayf datangkan kerutan kecil di dahi Nufa. Tangan jatuh dari kereta, terus mencekak pinggang sendiri. 

"Sembang? Kau sembang tang mana? Kereta kau kat sini. Aku depan kereta kau ni. Kau ada kat area sini kan? Kat mana?" Tanya Nufa tanpa henti. Macam bertih jagung mulutnya bertanya itu ini kepada Sayf. Mata pula tak payah kata. Elok melilau ke kiri dan ke kanan mencari Sayf.

Sekali lagi, Sayf gelak. Buat Nufa stress sekajap. Sejak bila lelaki ini bahagia sebegini? Selalunya grumpy bukan main kalau dia banyak bunyi. Lain pula kejadiannya pada malam ini? Sangat sesuatu. 

"Haah aku ada kat area situ. Kau kat kereta aku eh? Kejap eh aku keluar." Jawab Sayf. Sambil itu, telinga Nufa menangkap bunti kerusi ditolak kemudian dengar pula derap langkah kaki Sayf. Lelaki itu sedang berjalan.

Mata Nufa mula mengecil, mencari dengan betul batang tubuh seorang Sayf Hakim. Tak cukup dengan mata, kakinya pun sudah terjengket-jengket membantu lagi pencarian. 

"Ha! Aku nampak kau ni. Kau yang terlihat debab dan kerdil dari jauh." Kutukan seikhlas hati menyapa telinga. Buat Nufa terus berhenti menjengket. Bahkan gaya tubuh sudah ubah persis gengster kelas satu! 

"Eh, kau jauh-jauh pun nak biadab dengan aku kan? Mana kau? Meh gocoh dengan aku depan-depan!" Nnufa sudah terbakar. Pantang betul kalau dibody shaming walhal ciptaannya comel sahaja. Sayf ni mesti dah lama dengki sebab tidak secomel dia. Tahu sangat!

Puas hati dengar Nufa mengamuk, Sayf terus letuskan tawa. 

"Aku dekat aje dengan kau ni. Cuba pandang depan. Aku lambai ni ha. Jengket sikit kalau tak nampak." Sempat Sayf mengusik di akhir ayat. Buat Nufa julingkan mata.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now