C30

2.1K 278 58
                                    

"DONE!" Sorok Nufa perlahan bila toto terakhir berjaya disidai kemas di ampaian. Senyum bangga Nufa di situ. Sesekali tangan naik menepuk perlahan toto-toto itu.

Menggeliat kecil, Nufa bawa langkah kaki ke bangku berdekatan tembok. Niat mahu lepas lelah sebentar sebelum dia turun ke bawah semula selesaikan apa yanh patut.

Sampai di bangku, Nufa baringkan badan. Mata yang tekenyit-kenyit dek terik matahari ditutup dengan lengan.

"Cantik warna langit hari ini." Komen Nufa sebelum telefon dibawa keluar dari poket bajunya.

Klik! Klik!

Beberapa gambar langit berjaya diambil. Puas hati, Nufa kongsikan keindahan ciptaan Tuhan itu di IG Story. Selesai, telefon dibiar sahaja atas badan. Mata sambung semula pandang langit.

Fikiran menerewang sendiri dan entah bagaimana tiba-tiba sahaja wajah geram Nadhif meluncur masuk dalam kepala. Terkebil-kebil terus Nufa dibuatnya. Bingung sendiri sebelum kepala digeleng untuk menyahkan bayangan Nadhif yang masuk.

Tarik nafas dan hembus, fikiran kembali menerewang. Dan sekali lagi, wajah geram Nadhif masuk semula dalam kotak fikiran. Siap dengan suara geram lelaki itu juga. Terus Nufa bangun dari baringnya. Dahi berkerut kehairanan.

"Dah kenapa pula tiba-tiba fikir pasal mamat tu pula, Nufa Huwainaa oi!" Dahi diurut perlahan untuk hilangkan kerutan yang muncul.

Menggeleng sekali lagi, Nufa merapat ke tembok. Tengok lah gelagat manusia di  bawah sana. Kalau baring semula, takut lagi sekali Nadhif masuk dalam fikiran semula. Sangat perlu dielakkan ya, kawan-kawan.

"Wahai manusia..." Perlahan Nufa tutur kata sambil mata ralit memandang pejalan kaki di bawah sana. 

Bosan, Nufa ingin berpaling. Namun niatnya mati bila mata tertangkap satu susuk tubuh yang baru sahaja keluar dari Whole Fruit. Terkebil-kebil mata Nufa mengekori susuk tubuh yang menghampiri sebuah lori yang berhampiran.

Nadhif Hamza.

Ya. Entah kenapa lelaki itu yang berjaya buat Nufa masih lagi berada dekat dengan tembok dan memerhati walhal tadi rasa bosan dah menguasai.

Samar-samar, namun Nufa dapat juga tangkap senyum kecil lelaki itu menyapa si pemandu lori yang baru sahaja keluar dari lori. Entah berbual apa dua manusia itu, tapi terlihat rancak pada pandangan mata Nufa. Makin buat kaki Nufa pasung dan mata terus memerhati.

"He seems fine." Komen Nufa sambil terangguk-angguk kecil. Sedikit sebanyak, risau dan serba salah yang bersarang sejak malam semalam hilang.

"He's in good mood too." Sambung Nufa lagi dengan kepala yang sekali lagi terangguk-angguk kecil. 

Menjauh dari tembok, Nufa duduk bersila di atas bangku semula. Berfikir sejenak, telefon dibuka sebelum nombor Halwa dicari. Dah jumpa nombor Halwa, namun teragak jari mahu tekan ikon ganggang telefon. Berkira-kira seketika mahu teruskan niat mahu telefon Halwa ataupun tidak.

Gigit bibir bawah, tangan naik menggaru kepala perlahan.

"Kenapa pula nak kena call Halwa? Kalau Halwa tanya nak jawab apa?" Monolog Nufa dengan rasa hairan.

Entah kenapa tiba-tiba mahu tahu lebih lagi keadaaan Nadhif. Yalah. Cadangnya dia mahu minta maaf. Tapi, bayang wajah garang Nadhif yang berkali-kali masuk dalam kepala buat niat murni yang satu itu terbantut.

Nafas berat dilepaskan perlahan.

"Tu lah. Bantai anak orang tak ingat dunia sangat." Nufa membebel kecil kepada diri sendiri. 

"Tapi, salah Sayf lah. Gedik nak menyorok belakang mamat tu pula." Kali ini, tercebik-cebik bibir memarahi Sayf kembali. Tak puas hati dengan lelaki itu.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now