C97

1.6K 212 17
                                    

NADHIF buka pintu bilik perlahan-lahan. Bilik yang sedikit malap sudah beri tanda bahawa penghuninya sudah pun lena diulit mimpi. Dan memang benar pun bila Nadhif lihat Nufa sedang elok baring mengiring di bahagian kanan katil.

Lihat Nufa begitu, Nadhif tanpa sedar dah helakan keluhan kecil. Wajah diraup lantas pintu bilik ditutup perlahan-lahan. Biarkan Nufa sendiri buat kali yang Nadhif sendiri tidak tahu berapa.

Sejak kejadian di rumah Ayesha tiga hari lalu, Nadhif perasan akan perubahan besar yang berlaku kepada Nufa. Isterinya itu murung sahaja dan kadang-kadang dia teresak sendiri dalam tidur. Senang kata, keadaan Nufa memang lemah tambah lagi diri Nufa berbadan dua sekarang.

Bukan Nadhif tak pernah tanya dan cuba memujuk Nufa untuk beritahu puncanya, namun setiap pertanyaan dan pujukan ditolak jauh oleh Nufa dengan bersendiri begini.

Kesimpulan yang Nadhif boleh datangkan adalah Nufa sedikit trauma dan terganggu dengan kejadian cubaan bunuh tiga hari lalu. Lebih tepat dengan keadaan Qaseh yang dijumpai gadis itu. Sekarang pun Qaseh masih lagi sedang mendapatkan rawatan di hospital disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Baru nak melangkah pergi, Nadhif nampak Halwa yang dah mula menapak ke arahnya. Dari riak wajah Halwa, nampak adiknya itu risau.

"Kakak dah tidur?" Soal Halwa. Tangan dah meramas sesama sendiri.

Tersenyum kecil, Nadhif hanya angguk sahaja. Menghampiri Halwa, bahu adiknya itu dipaut sebelum mereka seiring berjalan menuju ke ruang tamu.

Duduk di sofa, Halwa peluk kusyen. Nadhif yang dah duduk berhadapan dengannya dipandang. Abangnya itu tenang sahaja menonton televisyen.

"Abang takde nak buat apa-apa?" Tanya Halwa. Geram sebenarnya. Nadhif macam terlalu tenang untuk Nufa yang nyata sedang murung.

Nadhif pandang Halwa tanpa riak.

"Buat apa?"

Halwa julingkan mata.

"Buat sesuatu lah untuk kakak. Dah berhari-hari kakak macam tu. Awa risau lah. Abang tak risau ke?" Halwa pandang Nadhif bersama kerutan di dahi. Hairan.

"Ke abang dah beralih hati daripada kakak?" Laju dan garang soalan itu ditanya.

Yalah! Tindak balas Nadhif terhadap Nufa kali ini lain macam! Kalau dahulu, pantang sungguh jika Nufa tarik muka. Malah kalau kakak iparnya itu tidak selesa terhadap hal-hal kecil pun, Nadhif dah macam ibu kucing mahu beranak. Tak senang duduk! Kenapa kali ini lain benar?

Dahi Nadhif terus berkerut dengar tuduhan si adik. Wajahnya juga sudah beriak garang.

"Kau cakap apa ni Awa?" Dingin dan menakutkan soalan itu. Buat Halwa telan air liur sendiri.

"Tak pernah terlintas tau dalam kepala abang ni nak khianati perkahwinan ni. Awa pun tahu abang macam mana." Nadhif menambah lagi.

Halwa dah rasa bersalah. Kepala ditundukkan.

"Nampak je abang tenang, dalam hati ni tuhan aje tahu. Awa bukan tahu pun apa yang abang buat di sebalik pintu tu untuk pujuk Kakak Nufa." Sambung Nadhif lagi, serius.

Isterinya, pasti lah dia risau. Itu lah madu. Itu lah racun. Sayangnya bertambah-tambah buat Nufa hari demi hari. Walau banyak kekurangan, banyak juga kesempurnaan Nufa.

Halwa makin rasa bersalah.

"Awa minta maaf." Ucap Halwa dengan suara yang sedikit bergetar. Tanda-tanda nak menangis. Sedih bila dia fikir yang bukan-bukan kepada si abang.

Nadhif raup wajahnya. Badan disandarkan lemah pada sofa.

"Takde apa lah. Daripada Awa fikir bukan-bukan, apa kata Awa bantu, bagi abang idea. Apa kita nak buat untuk kakak okey. Tak banyak, sikit pun jadi lah." Pinta Nadhif.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now