C13

2.1K 270 20
                                    

SETELAH hampir setengah jam di dalam tandas, Nufa keluar dengan badan yang wangi dan segar. Senyum sampai ke telinga Nufa bila dapat belai dan manjakan dirinya sendiri. Hot thub, aromatic candle dan bomb soap. Uh, award setelah penat berkerja.

Pintu tandas ditutup rapat sebelum kaki dibawa ke katil. Labuhkam duduk di tilam empuknya, tangan laju sahaja melarikan tuala di celahan rambutnya yang masih lembab. Diam dia keringkan rambut sendiri. Sambil itu mata pandang lurus almari pakaian di hadapannya.

"Step by step, let's give them a sweet revenge! Go, Nufa Huwainaa!"

Tangan jatuh ke sisi. Wajah Mifzal dan Ayesha silih berganti muncul dalam kepala. Teringat tawa gembira pasangan itu beberapa tempoh yang lalu. Gembira yang terbina atas segsara yang dia lalui. Walau tempohnya belum cukup lama, sakit itu dalam. Terlalu dalam.

"Tiga tahun kut aku sacrifice untuk dia. Aku ubah penampilan aku. Aku ubah personaliti aku. Aku ubah kesukaan aku. Semua aku tukar untuk sesuai berdiri di samping dia. Tapi dia...?" Kata-kata Nufa terhenti. Wajah Ayesha muncul kembali.

Ayesha yang matang. Ayesha yang pandai. Ayesha yang manja. Ayesha yang kaya.

"Dia pilih orang lain. Bodoh lah Nufa Huwaina Hamdan!" Geram bicara Nufa seraya tangan mengetuk perlahan kepala sendiri. Terbayang momen-momen dia berubah tiga tahun yang lalu. Hanya kerana seorag lelaki yang khianat perasaan tulusnya sekarang.

Nufa angkat kepala. Almari dipandang. Wajah dah berubah nekad. Dia tak mahu jadi diri orang lain dah. Dia nak jadi diri dia semula. Nak jadi Nufa Huwaina yang sebenar. Nufa Huwaina sebelum datangnya Mifzal Hafiy dalam hidup. Dan untuk capai semua itu, dia perlu mula dari sekarang!

"Let's go!" Jerit Nufa semangat seraya mara ke almari pakaiannya.

Pintu almari dibuka luas dan deretan pakaian formal dan semi-formal menjamah pandangannya. Buka pintu almari sebelah, pun sama. Bukan setakat pakaian, selendang, beg dan aksesori juga ada. Memang banyak!

"Orang yang dah lama tak jumpa aku mesti tak percaya ni semua baju aku." Omel Nufa sambil menggeleng kecil.

Yalah. Gaya dulu dia bukan dengan dress. Bukan dengan skirt. Bukan dengan palazo mahupun blazer. Selendang dan aksesori jauh lagi. Nufa Huwainaa yang dahulu lebih selesa dengan kemeja labuh, jeans dan wide pants. Tudung pun bawal selempang kiri kanan. Kadang tu, sauk sahaja tudung instant atas kepala.

Geleng kepala sekali lagi Nufa dibuatnya.

"Macam mana lah boleh ada keyakinan nak pakai semua ni dulu?" Tertanya-tanya sendiri. Sebuah dress satin berwarna putih dibawa keluar. Terus melayang semula memorinya bersama baju ini.

Ini dress pertama yang dia beli untuk menghadiri annual dinner syarikat Mifzal. Dan baju ini menyaksikan bagaimana dia diperkenalkan kepada tetamu yang hadir sebagai seorang wanita istimewa dalam hidup lelaki itu.

"She's Nufa Huwainaa. And she's a sweetheart."

"Pfft. Sweet heart kepala hangguk dia lah." Berdecit sinis terus Nufa bila teringat kembali peristiwa itu.

"Dan kau kat mana sekarang, 'sweetheart'?" Selamba Nufa ejek diri sendiri. Muka pun dah beriak mengejek. Boleh jadi contoh terbaik tu. Jadi memes pun boleh. Nak tangkap gambar buat sticker WhatsApp pun boleh. Takde masalah.

Dress satin itu dicampak ke atas katil. Mata pandang semula ke dalam almari pakaian. Sehelai tulle dress berwarna violet menarik perhatiannya pula. Dengan senyum sinis, tangan mencapai dress itu dan dibawa keluar. Senyum sinis masih tertempel di bibirnya.

"Awh, kembang-kembang dulu nak pergi mana?" Soal Nufa sinis. Tulle dress itu dibelek depan belakang.

"Punya lah beria beli. Pakainya sekali sahaja." Sekali lagi, Nufa memerli diri sendiri.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now