C64

2.1K 284 74
                                    

 KERETA yang mula bergerak buat Nufa jatuhkan tingkap kereta. Tangan dibawa keluar ke luar tingkap untuk melambai Haji Noor, Naufal, Numair dan Afrina yang menghantar pemergiannya di halaman rumah. Air mata mahu bergenang tapi langsung diseka pantas.

Nadhif yang melihat hanya diam sahaja. Tangan ikut sama naik menyapa pergi keluarga baharunya. Kemudian, tenang dia memandu pergi meninggalkan pekarangan rumah. Nufa yang masih bersungguh melambai dijeling sekilas.

"Dah, dah lah tu." Tegur Nadhif bosan sambil menggeleng kecil. Bila lihat dah menjauh dari tingkap, laju tangan menarik naik punat tingkap.

Menjeling sekilas kepada Nufa, terlihat gadis itu menjelingnya sekilas. Tali pinggang ditarik sedikit kasar kemudian klik masuk pada penguncinya. Selepas tu kaki dilipat duduk bersila di atas kerusi. Macam biasa. Garang-garang pun selamba.

"Marah ke?" Soal Nadhif, cari modal sembang. Nufa dikerling sekilas.

Juling mata ke atas, Nufa geleng kepala kecil. "Dah kenapa pula nak marah?"

"Mana lah tahu. Masam aje muka." Balas Nadhif bersahaja. Topi di kepala dibetulkan.

Nufa tidak membalas, sebaliknya tangan sibuk memandang telefon. Kereta Nadhif bosan. Takde apa yang menghiburkan. Sekarang dia dah berkongsi kereta dengan Nadhif, takkan dibiarkan kereta ini dengan mood bosan lagi. Nadhif suka atau pun tidak, dia akan tukar mood kereta ini juga.

Nadhif kerling Nufa. Tangan yang memegang kedua-dua sisi stereng dah jatuh memegang longgar bahagian bawah stereng. Tidak lama sebelum tangan kanannya naik bermain dengan rambut yang terjuntai keluar dari topi. Mata sekejap-sekejap kerling Nufa.

"Ye ke tak marah?" Soal Nadhif, meminta kepastian sekali lagi.

Angkat terus wajah Nufa dari telefon. Berkerut dahi pandang Nadhif.

"Yaaa, Nadhif Hamza." Panjang harakat ya Nufa. Kemudian atas bawah, atas bawah Nadhif dipandang. Sambil tu kening angkat sedikit.

"Pelik-pelik aje tanya." Sempat Nufa mengomel perlahan sebelum mata jatuh semula pada skrin telefon.

"Kalau tak marah, senyum boleh?" Pinta Nadhif, sedikit perlahan. Kemudian pandang Nufa, bersedia untuk terima senyuman arnab Nufa yang mencairkan.

Ternganga sedikit mulut Nufa. Nadhif dipandang lagi dengan dahi yang berkerut seribu.

"Apa hal kau ni?" Hairan nada yang digunakan.

Nadhif julingkan mata. Kedua-dua tangan pegang stereng semula. Pasrah bila Nufa tak mahu melayan. Sabar aje lah. Tengok bila dah sampai di rumahnya nanti. Memang dibuli Nufa Huwainaanya kaw-kaw! Masa tu, pujuk rayu pun tak lut!

"Nak bluetooth dengan kereta boleh?" Soal Nufa, memecahkan bisu antara mereka.

Tanpa suara, tangan Nadhif terus menghidupkan mode bluetooth. Dibiarkan sahaja Nufa dengan kehendaknya. Fokus pada pemanduan. Namun, bila telinga menangkap sayup-sayup muzik dimainkan, kening terangkat dan Nufa dipandang.

Terlihat gadis itu sudah senyum melebar sebelum tangan putih itu bergerak memutar naik volume suara. Penuh kereta dengan muzik sebelum nyanyian daripada Sudirman menyusup masuk dalam pendengaran.

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin ku jumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Berkerut dahi Nadhif lihat Nufa yang menyanyi riang.

"Nadhif, go!"

Laju kepala Nadhif menggeleng kemudiannya. Tangan naik seperti menepis Nufa yang tiba-tiba jadi hyper di sebelahnya. Pemanduan diberikan tumpuan semula.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now