2 ; Pink Heart

55.5K 3.8K 1K
                                    

***

Sekarang aku berumur 17 tahun , keluargaku berpindah ke Kuala Lumpur. Masa tu aku adalah seorang perempuan yang pemalu sehingga aku tidak mempunyai kawan.

Manakala perempuan lain nampak lebih dewasa dan segelintir mereka telah mempunyai teman lelaki.

Aku selalu mendapat perhatian dari pelajar lelaki di sekolah tetapi aku yang malu , aku tak pernah menganggap diri ku cantik.

Lalu suatu hari , aku mendapat sepucuk surat yang diselitkan di celah lokerku , di depan sampul surat itu dilekatkan satu pelekat pink heart. Aku membaca isi yang tertulis dalam surat itu.

"Aku rasa kau itu cantik"

Membuatkan aku tersipu malu , aku hairan siapa yang bagi surat ni namun aku tak berniat nak ambil tahu.

Aku selitkan surat tu di dalam buku dan menuju ke kelas. Di dalam kelas aku hanya mengelamun memikirkan siapa yang hantar surat tu.

Aku tersengih setiap kali memikirkan hal ni , setiap kali aku sedih aku akan baca surat ni membuat aku tersenyum kembali.

Beberapa hari kemudian , apabila aku membuka loker aku mendapat sepucuk lagi surat , dan juga pelekat pink heart yang dilekatkan. Dengan senang hati aku membuka sampul surat itu dan membaca isinya.

"Kau sangat menawan"

Aku meletakkan surat tu di dadaku dan tersenyum bahagia , sekarang aku boleh tersenyum apabila sudah ada orang yang menyukaiku.

Sudah beberapa kali aku berfikir tentang penghantar surat ni namun tiada petunjuk sama sekali.

Seminggu kemudian , sepucuk surat itu muncul lagi dilokerku , masih ada pelekat pink heart tu , isi nya tertulis.

"Aku selalu memikirkan kau"

Sejak itu , aku selalu mengelamun dan melupakan tentang pelajaran.

Suatu hari , saat kelas mathku berjalan seperti biasa , aku mengelamun namun aku disergah oleh cikgu math sehingga soalan yang disoalnya aku tidak sedar.

"Kamu tidak dengar apa yang saya soal? Pasti tengah jatuh cinta!" Kata Sir Rosdi membuatkan semua pelajar di dalam kelas itu mengetawakan ku , aku tertunduk malu.

Surat itu dihantar lagi.

"Kau sangat wangi apabila mencampurkan aroma perfume dengan syampu , aku suka"

Hah? Dia tahu yang aku campurkan kedua tu? Ini bermaksud dia selalu mengikuti ku?

Aku tidak perlu tunggu menunggu lama kerana esoknya surat itu sudah ada di dalam loker.

"Aku ingin merasakan mu"

Okay , yang ni agak geli .. Surat seterusnya muncul dan makin menjadi-jadi.

"Aku mengawasi mu setiap saat"

Aku mula sedikit risau , surat mula terdengar agak menyeramkan.

Hari demi hari berlalu namun surat berpelekat pink heart itu masih di hantar , pelekat pink heart itu mula menghantui kehidupanku.

Contohnya , pelekat itu bukan sahaja di dilekatkan di surat itu namun di meja kelasku jugak , tempat bilik persalinan baju perempuan di lokerku juga turut dilekatkan pelekat itu , aku mula rasa ketakutan.

Ada satu hari , apabila ibu hendak menghantarku ke sekolah , aku lihat ada pelekat pink heart itu dilekatkan di cermin kereta hadapan di mana tempatku duduk.

Pernah suatu kali , setelah aku keluar dari tandas sekolah dan hendak membasuh tangan , di pantulan cermin aku terlihat satu pelekat pink heart dilekatkan di pintu tandas yang baru saja aku masuk.

Aku yakin semasa aku masuk tandas tu tidak ada kedengaran pelajar lain masuk bahkan tapak kaki berjalan pun aku tidak dengar.

Aku mulai rasa terancam , kerana di mana aku melihat di situ adalah pelekat pink heart itu , aku tidak ada kawan itu meluahkan perasaanku sekarang , dan satu cara yang dapat aku buat adalah membisu.

Kemudian , keadaan jadi sangat buruk , suatu hari aku baru pulang dari sekolah .. sungguh ngeri dibuatnya apabila di depan pintu rumah ku terdapat sepucuk surat berpelekat pink heart.

Aku yang melihatnya dulu kerana ibuku balik kerja lewat malam. Dengan tangan yang terketar aku membuka surat itu dan isi nya.

"Aku berani bertaruh kalau darahmu rasanya seperti strawberry"

Aku menjerit terkejut apabila terselit satu keping gambar di dalam sampul itu. Lelaki itu mengambil gambar dirinya sendiri melalui pantulan cermin , hanya separuh mukanya yang kelihatan.

Lelaki itu memegang sebilah pisau yang berlumuran darah.

Namun lelaki itu agak ceroboh apabila aku terpandang nametag di bajunya , aku meneliti dan meneliti sehingga aku dapat membaca huruf-huruf itu.

Sir Rosdi , itu adalah guru math ku.

***The End

Vote&Comment

Scaryforkids-

-editing

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now