109 ; Square

18.5K 1.4K 177
                                    

***

Alkisah , lima orang pendaki gunung tersesat di tengah pergunungan bersalji
Kerana tidak kuat , salah satu dari lima pendaki itu akhirnya mati . Namun ke-empat kawannya yang lain memutuskan untuk tetap menjaga mayat kawnny

Hingga suatu saat di tengah badai salji , mereka terjumpa sebuah pondok kayu . Pondok itu berbentuk segi empat

Celaka nya.. di pondok itu tidak ada sumber pencahayaan sama sekali , mereka terpaksa menghabiskan waktu malam di situ dengan keadaan yang gelap

Mereka meletakkan mayat kawan mereka di tengah-tengah ruang pondok itu .
Mereka mula berbicara

"Malam ni kita tak boleh tidur , kalau kit tidur kemungkinan esok kita tidak bangun lagi"

"Aku tahu..tapi apa patut kita buat?"

"Bila kita tidak buat apa-apa mesti kita akan tertidur"

"Aku tahu..kita buat je satu permainan"

Kata salah satu dari rakan mereka , dalam keadaan gelap mereka tidak dapat melihat antara satu sama lain dan mereka tida tahu dengan siapa mereka bercakap , siapa yang memberi cadangan permainan itu

"Permainan apa?"

"Camni..pondok ni kan berbentuk segi empat , macam mana kalau masing-masing duduk di penjuru pondok dan di situ mulalah permainan itu . Salah satu dari kita berlari ke sudut pondok dan menepuk bahu yang berada di sudut itu lalu orang yng bahu nya disentuh berlari pula ke sudut yang seterusnya , dan seterusnya sehingga fajar tiba"

"Idea bagus"

Semua setuju

"Dengan itu kita akan bergerak semalaman dan tubuh kita akan jadi hangat"

Akhirnya mereka melakukan permainan itu . Masing-masing berada di sudut pondok itu . Terdiri dari A, B, C dan D .

A mula berlari ke B dan menepuk bahu B . B kemudian berlari ke arah C dan menepuk bahu C . Lalu C berlari ke arah D dan menepuk bahu D dan D berlari pula ke arah A

(Kalau tak faham tolong lukis 😂)

Saat pagi tiba , mereka mula berasa lega . Cahaya mula menyinari pondok itu . Salah satu dari rakan mereka ternyata mengenali tempat ini dan tahu jalan keluar . Namun saat mereka menyadari bentuk pondok yng mereka duduki semalam . Ternyata ada yang tidak kene dan mereka mula ketakutan

Permainan itu ternyata tidak mudah seperti yang di sangkakan. Permainan di mula dengan A berlari menepuk bahu B. B berlari menepuk bahu C. C berlari menepuk bahu D , sampai di sini memang tiada masalah . Namun ketika Di berlari ke A , semestinya di bahagian A tidak ada orang sebab A sudah berada di B . Benar bukan?

Sepatutnya D perlu berlari dua kali untuk menepuk bahu A . Namun saat mereka bermain , tiada orang pun yang berlari dua kali

Saat tiba di A , D menepuk bahu seseorang kemudian berlari ke A yang berada di B
Mereka pun sedar, permainan ini walaupun di lakukan di dalam bentuk segi empat , ini tidak dapat di buat oleh empat orang

Permainan ini perlu dilakukan lima orang namun mereka hanya ber-empat . Lalu mereka memandang mayat rakannya yang terbaring kaku di tengah ruangan

Salah , mereka sebenarnya berlima di dalam pondok itu

###

##

#

Aduh..lama betul saya berfikir nak faham tentang permainan tu last'2 saya ambil kertas dan lukis segi empat dan ABCD tu , lama-lama tu.. akhirnya boleh juga faham 😭 ada betulnya juga!

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now