12 ; The Scariest Story Of All

37.1K 3.4K 1.1K
                                    

***

Ade empat orang sekawan pergi ke luar negeri pada musim panas iaitu Amar  , Lan  ,  dan Syaf

Mereka menginap di sebuah hotel yang amat tinggi dan terkenal di negeri itu , mereka telah menempah bilik di tingkat yang ke-100 , mereka amat berpuas hati dengan pemandangan dari bilik itu

Petang itu mereka pergi berbelanja di sekitar kawasan itu , ketika mereka hendak keluar mereka menyimpan kunci bilik mereka kepada kaunter hotel di tingkat 1

"Minta maaf" tegur salah seorang pekerja hotel apabila melihat mereka hendak keluar dari hotel "lif akan sedang di chek up dan akan diperbaiki , sila balik semula ke hotel sebelum tengah malam jika ingin menggunakan lif" kata petugas hotel itu dan keempat mereka itu setuju

Mereka kembali ke hotel pada jam 1.00 pagi , seperti di bagitau lif sedang ditutup untuk proses pembaikan , mereka mula kesal dan tiada pilihan lain selain menaiki tangga hingga ke tingkat ke 100

Sebelum menaiki tangga , Syaf  bersuara "Ya, korang tau ni mesti.membosankan kan? Apa kata kita secara bergilir bercerita tentang cerita hantu di setiap tangga hingga ke -100?" Cadang Syaf.

"Boleh jugak" ketiga mereka bersetuju dan mereka mula bercerita tentang cerita hantu di setiap satu anak tangga.

Mereka asyik bercerita sehingga lupa waktu dan akhirnya mereka berada di tangga ke-99

"Giliran aku" kata Lan
Dan mereka semua mengangguk "cerita terakhir ni memang menakutkan dan ini cerita benar yang baru saja terjadi..memang menakutkan dari semua cerita yang korang cerita tadi" kata Lan

Ketiga mereka mula teruja dan memaksa Lan  untuk terus bercerita
"Cepat ! Aku tak sabar ni" kata Amar.

"Baiklah , macam ni cerita nya" Lan  mengambil nafas panjang kemudian tersenyum dengan muka pucat

"Kita lupa nak ambil kunci bilik dekat kaunter di tingkat- 1"

***The End

My reaction: "bungukss (ಥ_ಥ)"

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now