95 ; Surprise

19.3K 1.5K 306
                                    

***

By; Hydra

Hari ni ulang tahun isteriku . Aku menggaru kepala, kejutan apa yang perlu aku buat untuknya?

Pulang dari pejabat aku singgah sebentar di kedai barang perhiasan untuk mencari sebentuk cincin untuknya.

"Mr. Sanders mahu cincin emas atau perak?" Soal penjual.

"Perak , kalau boleh nak ukiran yang baru keluar"
Penjual tu mengangguk lalu mengeluarkn beberapa bentuk cincin.

Walaupun harganya terlalu mahal , aku tak kisah kalau ia untuk isteri ku.

Sampai sahaja di rumah , aku memikirkan rancangan surprise untuk esok . Aku merancang untuk membawa Michael anak angkat kami yang baru sahaja tinggal 3 hari bersama kami.

Aku akan memberitahu bahawa Michael hilang lalu menyuruh isteriku untuk mencarinya , dan masa tu aku dan Michael akan membawa hadiah untuknya.

Keesokkan harinya tiba , aku akan membawa Michael ke rumah jiranku, Joseph untuk menjaganya sebentar.

Betul , isteriku jadi panik apabila menyedari bahawa Michael tiada di rumah dan dia bertanya.

"Abang ada nampak Michael? , biasanya dia tidak keluar rumah" soal isteriku Jesseline.

"Tak , abang tak tengok lagi dia pagi ni .. laa sayang jaga macam mana ni?" Soal ku.

"Tak mungkin! Michael tak boleh main di luar rumah!" Kata Jesseline dengan panik.

"Abang bantu cari!" Kataku.

Aku berpura-pura mencari Michael di luar rumah dan memberitahunya bahawa aku tidak jumpa Michael sedangkan Jesseline mula gelisah dan cemas di dalam rumah.

Aku yang berada di luar rumah terdengar jeritan Jesseline.

"KYAAHH!"

"Apa?Apa yang berlaku?!" Soal aku apabila masuk ke dalam rumah.

"Mi-Michael..t-tuu.." Jesseline yang menangis menunding jari ke arah mesin pencuci yang berputar dan kelihatan cebisan baju Michael yang keluar.

"Tidam?! Ni semua salah!!" Jesseline menjerit histeria.
"Sabar sayang sabar" aku menenangkan Jesseline.

Mesti ni kerja Joshua , jiran ku satu lagi , memang aku menyuruhnya untuk memasukkan cebisan baju Michael ke dalam mesin pencuci supaya isteriku mengira bahawa Michael berada di dalam mesin pencuci itu.

Aku berpura-pura ingin memanggil ambulans
"Sayang , tunggu sebentar abang akan call ambulans" kata ku lalu pergi ke ruang tamu dan di situ kelihatan Michael dan Joseph  berada di luar.

Aku kembali bersama Michael dan melihat keadaan Jesseline yang kelihatan kusut dan banyak luka di tubuhnya.

Lalu aku menenangkannya dan memberitahu bahawa ini adalah hanya kejutan.

"Surprise , happy birthday sayang .. Michael tak apa-apa dia ada di belakang sayang" kata ku sambil mengeluarkan cincin.

Jesseline hanya diam bahkan tubuhnya tidak bergerak sedikit pun.

Dan tiba-tiba dia bangun dan dengan gerakan pantas Jesseline membuka penutup mesin pencuci lalu merebut Michael dengan paksa dan langsung memasukkan Michael ke dalam mesin pencuci dan menghidupkan dalam kekuatan paling cepat.

Mesin berputar dengan laju . Teriakan Michael yang berada di dalam mesin semakin lama semakin hilang dan senyap hanya bunyi tubuh Michael sahaja yang berlaga dengan mesin pencuci.

Aku terkejut.

"Apa-apa yang sa-sayang buat ni...?" Aku gementar.

"KAU FIKIR NI LUCUUUUUU?!" Jeritnya

###

##

#

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now