105 ; The Film

17.3K 1.3K 55
                                    

***

By reader;

(Kisah benar)

Kononnya, filem seram korea yang ditayangkan pada tahun 1985, iaitu 'pembunuh yang tidak berkepala' ialah sebuah filem yang disumpah.

Sebelum penggambaran filem bermula, seekor kucing yang sepatutnya berlakon dalam filem itu telah mati secara tiba-tiba. Seorang pekerja turut maut dalam kemalangan semasa mencari kucing pengganti.

Selain itu, semua sesi penggambaran tidak dapat berjalan dengan lancar akibat pelbagai gangguan.

Contohnya, lampu selalu rosak tanpa sebab, kaki seorang pelakon patah akibat kabel keselamatan terputus secara tiba-tiba dan seorang pekerja pula mati dihempap oleh alatan yang digunakan untuk penggambaran.

Pengarah filem membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada seorang bomoh.

Bomoh itu mendapati semua kemalangan yang berlaku ialah angkara hantu. Rupa-rupanya, kemalangan pernah berlaku di tapak penggambaran itu. Seorang pelakon china telah mati akibat kejutan eletrik dalam penggambaran filem seram yang bertajuk 'pulau berhantu' .

Akhirnya, pengarah filem melakukan upacara memanggil roh di kampung halaman pelakon china itu supaya rohnya dapat bersemadi dengan aman. Kecelakaan yang terjadi berturut-turut itu pun berakhir.

###

##

#

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now