132 ; Clap Clap

15.9K 1.4K 136
                                    

***

Sepasang suami isteri sedang mendaki gunung dan mereka menyedari bahawa mereka mula tersesat
Hari mula malam dan mereka menjumpai jalan keluar dari hutan itu

Tiba-tiba mereka melihat sebuah rumah tua di tengah hutan.  Mereka bersyukur lalu mereka masuk ke dalam rumah itu

Sepertinya rumah itu tidak ada penghuni.  Peliknya semua perabot di dalam rumah itu masih lengkap.  Hanya berdebu dan sedikit rosak sahaja

Pelik ,  fikir mereka

Jika pemilik rumah ini pinda kenapa barang dan perabot lain tidak dibawa sekali? 

Mereka menyalakan lampu dan terkejut apabila melihat dinding

Di dinding itu mereka melihat ada tulisan bewarna merah 'mati mati mati'

Mereka berdua merasa ketakutan namun tidak ada jalan lain.  Mereka terpaksa menginap di rumah itu daripada menginap di luar,  di keilingi hutan dan haiwan buas

Mereka menemukan sebuah bilik dan mereka akan tidur di dalam bilik itu

Tiba-tiba si isteri terdengar sesuatu dan pantas membangunkan suaminya.  Bunyi itu berasal dari luar,  seperti ada seseorang berjalan

"Siapa tu?" Si suami membuka tingkap dan menjerit,  namun tidak ada balasan

Akan tetapi,  bunyi seolah-olah manusia berjalan mengelilingi rumah  masih kedengaran. 

"Siapa? " soal si  suami lagi,  namun masih tidak ada jawapan

"Mungkin seseorang itu tidak dapat bercakap" bisik si isteri

"Ada seseorang kah di situ?" Soal si suami yang tiba-tiba mendapat satu idea "tepuk tangan kamu satu kali jika 'betul' dan tepuk tangan kamu dua kali jika 'bukan'"

Tiba-tiba mereka mendengar satu kali tepukan,  PAP

Lalu dia bertanya lagi "kamu ke pemilik rumah ini?"

PAP PAP

Bermaksud bukan

Si suami menyoal lagi "adakah kamu lelaki?"

PAP PAP

"Adakah kamu perempuan?"

PAP PAP

Mereka mula bingung

"A...adakah kamu manusia?"

PAP PAP

Di saat itu , mereka mula berasa ketakutan.  Sambil menelan air liur.  Si suami kembali bertanya

"Adakah kamu sendirian?"

PAP PAP

"Ada berapa bilangan kamu semua?" Kedua pasangan itu mula ketakutan "satu tepukan untuk satu.."

PAP

satu

PAP

dua?

PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP
PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP
PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP PAP

###

##

#

THANKS FOR 400 VIEWS 🎈

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now