35 ; Roommate

27.3K 1.9K 83
                                    

***

Kate dan Anna adalah teman sebilik yang tinggal di sebuah asrama sekolah , kebetulan pada malam itu adalah minggu cuti sempena hari natal
Semua pelajar lain di asrama pulang ke rumah masing sehingga hanya tinggal mereka berdua sahaja

Kate dan Anna bercadang untuk study tetapi berakhir dengan aktiviti masing'2 seperti browsing internet berjam-jam di laptop.

Hari sudah larut malam , Anna mula terasa lapar lalu dia memberitahu kepada Kate yang dia akan turun ke bawah sebentar untuk mencari makanan di dalam peti kantin . Anna meyakinkan kepada Kate yang dia akan balik secepat mungkin.

Anna mengambil kunci bilik membuka pintu lalu turun ke bawah.
Berjalan dalam keadaan gelap dan sunyi.

Kate duduk di atas katilnya sambil memangku laptop di paha sambil menunggu kepulangan Anna. Setelah beberapa saat Kate mula terasa mengangguk sehingga dia menyimpan laptopnya lalu berbaring di atas katil.

Hampir sahaja matanya ingin tertutup, Kate mendengar jeritan Anna datang dari koridor yang sunyi. Katemembeku ketakutan, hatinya berdebar kencang.

Bunyi jeritan itu tiba'2 terhenti , tapi keluar bunyi lain pula seperti benda diseret. Kate ketakutan , dia tidak dapat mengunci pintu kerana Anna telah membawa kunci itu bersamanya. Hanya yang dapat Kate lakukan adalah berbaring di atas katil sambil menggigil .

Bunyi seretan itu semakin mendekat dan lebih dekat
Kemudian ade sesuatu yang menggores pintu bilik itu, seperti benda tajam digoreskan di pintu.

Kerana ketakutan yang teramat sangat Kate turun dari katil dan bersembunyi di dalam almari baju
Kate tidak bergerak sedikit pun.
Bunyi garukan itu sepertinya tidak akan berhenti sehingga ke esok . Akhirnya Kate tertidur di dalam almari baju.

***

Keesokan paginya , Kate dengan berhati-hati keluar dari almari itu, bunyi garukan itu sudah pon tiada tetapi dia terlalu takut untu membuka pintu.

Kate memandang ke arah tingkap lalu dia terlihat seorang penghantar surat sedang berjalan di luar, Kate memanggil penghantar surat itu untuk meminta bantuan. Kate menyuruh penghantar surat itu naik ke bilik nya untuk memeriksa adakah orang yang mencurigakan ade di luar bilik nya.

Kate dapat mendengar desakan langkah penghantar surat itu menaiki tangga menuju ke biiknya.
Apabila langkah tapak kaki penghantar surat itu sampai di hadapan biliknya, tiba'2 langkahnya terhenti.

"Semua okay tak?" Kate menyoal dari dalam bilik

Beberapa saat berlalu , penghantar surat itu hanya diam.

"Ahh..y-ye..semua okay" balas penghantar surat itu

"N-nanti saya call polis sekarang"

Kate hairan dengan nada suara penghantar surat itu yang kedengaran ketakutan.

"Kenapa ? Ada masalah ke di luar? , kalau tiada saya akan keluar " kata Kate

"JANGAN!!" Balas penghantar surat itu panik "still dalam bilik! Jangan berani keluar!" Halang penghantar surat itu.

Tetapi terlambat apabila Kate telah pun memulas tombol pintu dan menolak pintu.

Setelah pintu sepenuhnya terbuka , Kate melihat muka penghantar surat itu pucat dan matanya membulat , melihat ekspresi penghantar surat itu
Kate menunduk memandang lantai , Kate menjerit ngeri atas apa yang dilihat .

Mayat Anna , teman sebiliknya terbaring di atas lantai bermandikan darah

Ada kapak tertancap di atas kepalanya dan kukunya jarinya tercabut dan berdarah kerana menggores di pintu untuk meminta bantuan.

***the end

Mianhe malam ni saya hanya pub satu chap je , sakit mata hadap screen lelama

Enjoy . I Promise - Harris J ♥

 I Promise - Harris J ♥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now