48 ; #2 Talking Angela

23.9K 1.7K 270
                                    

***

FULL!

Talking Angela adalah satu aplikasi yang banyak dimainkan oleh budak-budak .  Angela adalah seekor kucing putih yang bermata bewarn biru dan dapat bercakap dan bertanyakan soalan

Baru-baru ini (lama dah sebenarnya) ade sebuah e-mel yang memperingatkan orang bahawa jangan bermain dengan aplikasi Talking Angela
Dikatakan bahawa aplikasi itu telah diambil alih oleh seorang lelaki yang menyeramkan yang mengintip budak-budak dan kemungkinan akan menculik mereka
Lelaki itu telah berjaya meng-hack aplikasi itu dengan menggunakannya untuk mendapat akses peribadi melalui telephone

Dikatakan jika anda berumur 18 tahun ke atas tidak akan terjadi apa-apa, tetapi jika anda lebih muda..
Angela akan bertanyakan soalan yang pelik-pelik dan yang cukup peribadi seperti anda tinggal di mana,  berapa nombor telephone anda dan yang lain-lain

Orang-orang memberitahu bahawa lelaki misteri itu mengintip anda melalui aplikasi itu,  mampu mengambil gambar dan merakam video anda melalui camera anda
Dan jika anda meneliti pada bahagia mata Angela,  kadang-kadang anda akan dapat melihat seorang lelaki misteri sedang melihat anda

Walaupun jika anda menutup aplikasi tersebut,  aplikasi tersebut masih berjalan di latar belakang sehingga dia  dapat mengawasi dan mengambil gambar anda

Dalam salah satu kes menyeramkan , 
Seorang gadis muda sedang bercakap dengan Angela,  Angea bertanyakan berapakah umur gadis itu dan gadis itu memutuskan untuk menipu Angela dan mengatakan bahawa umurnya adalah 30 tahun
Dia begitu ketakutan apabila Angea membalas

"Kau tipu,  umur kau kira-kira 11 atau 12 tahun"

Dalam kes lain pula , seorang kanak perempuan sedang bercakap dengan Angela dan kemudian kanak-kanak perempuan itu meletakkan ibu jarinya di salah satu mata Angela ,  kemudian

"Jauhkan tangan kau dari mata ku!  Aku tidak dapat melihat!"

Kanak-kanak perempuan itu segera menutup aplikasi tersebut namun kemudian kanak-kanak perempuan itu mendengar bunyi 'klik!' Seperti telephone itu sedang mengambil gambar

Beberapa site laman web yang berbahasa Sepanyol memberitahu bahawa seorang budak bernama Eli Morenos yang tinggal di pinggiran kota Dallas, Texas telah hilang ataupun di culik selepas bermain dengan aplikasi Talking Angela

Seorang ibu memberitahu bahawa anaknya bermain dengan aplikasi itu setelah pulang dari sekolah
Si ibu mendengar perbualan mereka dan mengatakan bahawa Angela tahu nama anaknya dan Angela mula bertanyakan soalan pelik

"Hai,  di mana sepupu kau?"

Lalu anaknya membalas
"Di sebelah ku"

Dan Angela berkata
"Ouh bagus!"

Kemudian Angela bertanya
"Apa yang kau akan buat untuk bergembira?"

"Aku tidak tahu"
Balas anaknya

Dan kemudian suara Angela berubah menjadi suara robot yang aneh
Angela pun bertanya
"Apabila kau keluar bersama seorang lelaki ,  apa yang kau akan buat?"

Anaknya tersipu malu dan tidak dapat membalas pertanyan si kucing

"Jawablah! Lidah kau untuk bercakap! Aku dapat buat apa-apa sahaja dengan lidah ku jadi jom lah kita bercakap!"
kata Angela tiba-tiba

Si ibu mua rasa tidak sedap hati lalu menyuruh anaknya untuk menutup aplikasi tersebut
Ia begitu ketakutan lalu menelefon polis
Kemudian pihak polis menyuruh unit investigasi internet milik mereka untuk memeriksa aplikasi itu
Mereka memanggil satu jam kemudian dan berkata
"Ade seseorang di sebalik kucing itu!"

Ketika polis datang untuk bercakap dengan gadis tadi,  gadis itu mengatakan bahawa dia menggunakan aplikasi sepupunya

Kemudian Angela bertanya tentang nama saudaranya,  di mana mereka bersekolah.  Angela pun mengambil gambar mereka
Ketika gadis itu menggunakan aplikasi itu lagi setelah beberapa hari kemudian
Angela tahu bahawa dia mempunyai saudara

Ternyata Angela menanyakan nombor telephone mereka dan bertanya adakah mereka telah melakukan ciuman pertama

***

Yow!  Untuk creepypasta lain malam ni je lah ye
Just nak buat pendedahan untuk aplikasi ni je
So siapa yang belum uninstall lagi aplikasi ni cepat-cepat la buat
Bahaya  ̄︿ ̄

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now