41 ; Facebook

25.7K 1.9K 544
                                    

***

Namaku Calum , aku mengenali perempuan ni pada laman sosial yang dipanggil Facebook

Sebelum tu, aku akan menceritakan tentang diriku yang dahulu
Aku adalah seorang yang aktif di media sosial , aku suka menulis cerita'2 horror kemudian postkan di halaman milikku sendiri dan menggunakan nama Anonymous untuk menyembunyikan diri ku

Kehidupan dunia ku cukup normal
Ade kawan dan tiada kekasih hati. Cukup normal bagiku sebenarnya (we same Calum 😭.. who with me? Put your hands up!)

Dari aktiviti dunia maya ku , aku amat terkenal
Sudah ramai yang mengetahui tentang diriku yang selama ni aku sembunyikan

Sudah banyak juga yang mencuba berinteraksi dengan ku melalui chat

Dan tibanya suatu hari, seorang perempuan menghantar pesanan chat ringkas kepada ku
Dia adalah seorang perempuan cantik

Awalnya dia menghantar chat yang mengatakan bahawa semua ceritaku bagus semua dan dia mengaku yang dia adalah fans ku

Aku membalas chatnya dan bermulalah percakapan ringan antara kami berdua
Semakin lama, semakin rapat

Namun hubungan kami terputus akibat jarak yang amat jauh. Aku tidak mungkin akan berjumpa dengannya begitu juga dia

Suatu hari , aku berfikir
Aku harus bagitau padanya yang aku cintakan dia walaupun kami belum pernah bertemu

Aku memberanikan diri untuk meluahkan isi hatiku melalui pesanan chat
Namun selama beberapa hari tiada balasan darinya

Aku selalu menunggu balasan nya, sampai lah dia membalas
Dia kelihatan ragu dengan hubungan kami , dia tidak dapat bertahan kerana jarak jauh yang amat sulit untuknya

Beberapa hari kemudian, aku melihat status hubungannya
Di sekarang tengah bersama dengan lelaki lain

Setelah itu hubungan kami menjadi renggang
Aku tidak membalas pesanan chat darinya

Sampai suatu hari , aku menghantar chat padanya
Bertanya khabar, beberapa hari kemudian dia membalas

Dia bagitau yang dia baik'2 saja , dia bertanya hal'2 yang sma seperti ku
Aku melupakan perasaan ku kepadanya sekarang supaya kami tidak lagi berenggang

Namun, ade satu hal yang mula berbeza , dia mula bertanya tentang hal peribadiku

Semakin hari pertanyaannya semakin pelik
Dia bertanya sesuatu yang amatlah peribadi seperti berapa tinggi ku , apa yang ku lakukan (hampir 10 kali) berapa size bajuku

Aku mulai cukup terganggu dengan soalannya , jadi aku mula menghindarinya

Suatu malam. Dia menghantar chat

"Kenape awak jauhkan diri dari saya?"

Aku berusaha menjelaskan padanya yang aku amat sibuk. Sepertinya dia tidak percayakan aku

Dan malam itu , dia menanyakan hal yang dapat membuat bulu roma ku berdiri

"Awak percayakan hantu?"

"aku tak suka bercakap tentang hal tu"

"Kenapa ?" Dia menyoal

"Aku memang takutkan hantu"

Setelah itu dia tidak membalas, beberapa minit kemudian di menghantar chat lagi.. amat pelik

"Awak percaya? Di sudut bilik awak ade seorang perempuan yang memandang awak , rambutnya panjang menyentuh lantai.."

Time tu aku tak pasti apa yang berlaku, dengan Tiba'2 aku merasa seram sejuk

"Lawak yang bagus , tapi ak tak nak bergurau sekarang"

"Awak pernah tengok saya bergurau? Nampaknya awak perlu percayakan saya sekarang"

Waktu tu , aku tidak berani memandang sudut bilikku, entah apa yang terjadi aku takut untuk mengujinya
Kemudian aku memberikan satu soalan kepadanya

"Baiklah , kau tahu apa yang aku buat sekarang?"

"Sedang duduk menghadap laptop"

Aku ketawa dalam hati

"Semestinya , semua orang akan jawab macam tu"

"Dan saya tengok awak tersenyum , berusaha untuk menenangkan diri"

Setelah tu aku keluar dari bilik dan tidak pernah masuk dalam bilik, hati ku berdebar kuat

Beberapa hari kemudian, dia tidak menghantar chat padaku lagi
Ketika itu aku teringtkan tentang kekasihnya

Aku call kekasihnya, dan dia bercerita sesuatu yang tidak pernah ku percaya seumur hidup
Perempuan itu telah meninggal satu tahun lalu

Beberapa hari berikutnya , kami masing'2 mendiamkan diri
Aku berfikir kan hal yang masuk akal , mungkin ade orang lain yang sedang bermain dengan akaunnya

Malam itu aku sedang menulis sebuah cerita , aku mendnehar chat masuk, itu adalah dia

"Hai :) "

"Jadi awak tau semuanya? "

"Jadi sekarang awak percaya yang perempuan yang berada di dalam bilik awak tu saya?"

"Saya harap , awak tidak takut kerana saya akan sentiasa berdiri di situ , mengawasi awak"

Sampai sekarang aku belum balas chatnya

Aku harap korang berhati-hati kalau dapat chat dari kawan korang

Dan remove friends korang yang telah tiada

***The End

Pernah tak korang buka stu cerita ni , then cerita tu kene loading sekejap.. mesti screen phone korang akan jadi gelap sedikit

Ada tk nampak pape di pantulan screen tu di belakang korang

Saya belum pernah tapi ade kemungkinan akan terjadi nanti.

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now