55 ; Yellow Taxi

21.3K 1.9K 304
                                    

***

Beberapa tahun lalu aku pulang ke  ke Korea apabila habis bercuti di negara luar lalu aku tinggal di sebuah apartmen dan berbagi bilik bersama dua lagi rakan ku iaitu Jennie  dan Lisa ,  nama ku pula Jisoo.

Pada suatu malam,  kami baru sahaja keluar dari mall untuk membeli beberapa pakaian.  Saat sudah tengah  malam dan kami memutuskan untuk pulang ke rumah.

Kami melambai tangan pada sebuah teksi yang menuju ke ke arah kami. Teksi itu berhenti di depan kami lalu kami pun masuk.

Aku duduk di kerusi depan manakala Jennie dan Lisa duduk di kerusi belakang. Pemandu itu amat peramah dan pandai membuat lawak dan itu membuatkan aku tidak bosan
Sesekali aku ketawa dengan lawaknya

Aku melirik ke belakang , Jennie dan Lisa tidak langsung ketawa. Mereka hanya menunduk dan diam dengan muka gelisah.

"Kenape? Ada yang salah? Asal korang tak ketawa?" Soalku pelik. Mereka tidak juga menjawab sebaliknya Lisa menyuruh pemandu itu memberhentikan teksi itu dan teksi itu pun berhenti di simpang. Aku hairan kerana jarak menuju ke apartmen masih lagi jauh.

Aku pun membayar kepada teksi itu lalu mengikuti mereka yang telah berjalan jauh dengan langkah yang cepat  , lau teksi itu pun bergerak dan menghilang.

"Kenape?" Soal ku sambil menepuk bahu Jennie. Mereka berpaling dengan wajah ketakutan membuatkan ku sedikit terkejut.

"Kita harus hubungi polis!!" Kata Lisa cemas.

"Kau tak dengar apa-apa tadi?" Soal Jennie pula dengan cemas.

Aku menggeleng kepala.

"Aku dan Lisa tadi terdengar jeritan seorang perempuan di space belakang yang menjerit 'tolong! Tolong aku! Aku ade di belakang! Pemandu tu penculik!' "

***

Haii!  Sori tak update semalam (;∀;)

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now