51 ; The Devil Taxi

21.2K 1.9K 325
                                    

***

Jay baru sahaja selesai kelas tambahan malam di sekolahnya. Jay terpaksa menunggu teksi malam-malam.

Jay mula teringatkan tentang cerita dari rakan sekelasnya berkaitan dengan 'The Devil Taxi' yang kerap berkeliaran di tengah malam

Beberapa saat kemudian , sebuah teksi berhenti di depan Jay , dengan segera Jay masuk ke dalam teksi itu

Setelah Jay memberitahu tempat tujuannya.

Pelik.. pemandu teksi itu hanya diam tidak mengeluarkan suara dan langsung menggerakkan teksinya.

Di sepanjang perjalanan , Jay merasa bulu romanya berdiri .. dia berasa ade hal yang tidak kene dengan pemandu teksi ini.

Adakah ini 'The Devil Taxi' yang sering di percakapkan?

Tak berapa lama kemudian , akhirnya teksi itu sampai di destinasi. Dengan cepat Jay keluar dari perut teksi dengan ketakutan.

Jay menghulur duit berjumlah besar melalui tingkap dengan terketar-ketar

"Be-berapa pakcik?" soal Jay dengan gagap

"10 ringgit" jawab pemandu itu

Jay merinding mendengar suara pemandu itu

"I-ini pakcik" Jay menghulur wang dan berharap agar pemandu itu memberikan baki wangnya dengan cepat , Jay sudah pun lembik lutut.

Namun si pemandu teksi dengan cepat menekan pedal minyak setelah menerima duit itu , meninggalkan Jay yang terketar ketakutan di jalan

Jay lantas menjerit.

"Hey mana baki nya?? DASAR TEKSI SYAITOON!!"

***the end

Maka berhati-hati lah dengan 'The Devil Taxi'

ufufufufu ('∀`*)

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now