66 ; Cinderella

20.5K 1.7K 136
                                    

***

Ketika umurku 8 tahun ,  aku mempunyai ibu dan ayah.  Kami hidup di penempatan desa dan kami adalah keluarga bahagia.

Ketika umurku 10 tahun , ibu meninggal .
Ayah sangat sedih sama sepertiku .
Dengan sisa nafas yang terakhir ,  ibuku berpesan agar aku selalu menjadi anak yang baik.

Ketika aku 13 tahun ,  ayah menikah lagi dan aku mempunyai ibu dan dua kakak tiri.

Ibuku baruku tidak mempedulikanku dan sama seperti kakakku juga.

Hanya sekumpulan tikus sahaja yang datang  menemniku saat aku tidur sendirian di loteng.

Ketika aku berusia 16 tahun , aku di perlakukan seperti orang gaji mereka.
Cacian dan makian mereka sudah biasa aku dengar.

Ketika aku berusia 18 tahun ,  ada sebuah majlis tari menari diraja di adakan ,  aku meminta kebenaran untuk pergi ke majlis itu namun ibuku tidak membenarkannya.

Sambil menghapus air mataku  , aku rasa amarah serta kebencian mengalir dalam darahku , itu sangat buruk namun aku menyukainya.

Ketika aku berumur 19 tahun ,  aku tinggal sendirian. Ibu tiriku mati sama juga kedua kakak tiriku.
Darah pekat mereka membasahi tanganku.

Aku tersenyum apabila mengingati saat itu.

Iaitu ketika seorang pari-pari datang kepadaku lalu memberitahu "tidak semua pari-pari itu baik" kata pari-pari itu dan aku pun tersedar jika balas dendam itu amat menyenangkan daripada menari bersama seorang putera raja.

Aku mengelar leher ibu dan kakak tiriku menggunakan sepasang highheels kaca yang sudah pecah.

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now