120 ; Ladies First

17.7K 1.5K 457
                                    

***

Aku Suga , aku  mempunyai seorang kekasih, kami sudah pun  bersama selama 3 tahun.

Tapi selama 3 tahun itu , aku selalu benci dengan satu sikapnya  , kau tahu?

Apa-apa pun aku perlu mengalah dan mendahulukan kepentingan kekasihku .  Namun disebabkan aku mencintainya  , aku tak dapat melawan selain mengikuti apa yang disuruhnya.

Pernah suatu hari ,  kami sedang berjalan-jalan dan tiba-tiba aku terpaksa ke tandas  . Jadi kami terpaksa ke tandas awam.

Orang yang sedang berbaris di luar tandas terlalu panjang ,  kerana tandasnya ada satu yang boleh digunakan . Jadi aku terpaksa menunggu sekitar 30 minit.

Kekasihku juga menunggu di belakangku  , ntah kenapa aku berasa curiga tapi aku hanya membiarkannya.

Saat tiba giliranku ,  dimana aku tidak dapat tahan lagi ingin membuang air kecil ,  kekasihku tiba-tiba menepis tanganku dari pintu tandas dan berkata.

"Ladies first"

Aku.... sangat kesal  , ketika dia masuk ke tandas aku lantas berlari dan menuju ke sebuah pokok besar dan membuang di situ ,  ya...daripada aku terkencing di depan pintu tandas.

Aku merungut sepanjang perjalanan , sentiasa dia membuatkan aku macam tu .

Hingga pada hari itu , kami balik ke rumah larut malam  dan sedang menunggu kereta api. Kebetulan hanya ada aku dan kekasihku.

Dia berdiri di samping rel sambil memaki dan merungut kereta api yang belum datang juga.
Aku duduk dengan tenang di atas kerusi sambil memandang kekasihku.

Ketika aku teringat perlakuan buruknya yang dilakukan hari-hari pada ku ,  bukan..selama 3 tahun berturut-turut.

Lantas satu idea gila muncul di kepala otak ku.

Aku berdiri ,  mendekatinya dengan senyuman sinis.

Bagus! Kereta api datang pada masa yang tepat.

Kekasihku menunjukkan wajah yang ceria dan bersyukur ,  aah..tuhan berpihak kepada ku.

Ketika kereta api itu sudah dekat  ,  aku maju satu langkah daripadanya .  Dan aku dapat mendengar rungutan dari kekasihku yang berkata bahawa dia yang akan naik dulu dan lain-lain.

Aku  memang  sudah   muak.

Tinggal beberapa saat lagi kereta api itu akan berhenti ,  jadi aku lantas menolak nya sekuat tenaga hingga dia jatuh tepat di tengah rel.

Dia memandang ku dengan muka terkejut dan ketakutan ,  tahu bahawa dia akan mati dalam beberapa saat.

Senyuman ku semakin melebar.

Kemudian tubuhnya digilis kereta api hingga kepalanya terseret dan hanya meninggalkan cebisan daging yang berlumuran darah.

Aku ketawa puas  dan berkata.

"Ladies first"

###

##

#

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now