73 ; Too Literally

21.1K 1.6K 225
                                    

***

Credit to; potbellypenny

Namaku Sara. Aku menganggap semua hal terlalu serius . Seumur hidupku , apa hal yang dikatakan aku mengambil serius.

Aku tinggal di sebuah bandar di London , tapi aku kurang suka tinggal di situ kerana semua menggelarkanku 'Si Gemuk Sara'. Gelaran yang bodoh namun aku tidak menyalahkan mereka semua.

Kerana aku sememangnya perempuan berperut buncit , berpinggang lebar dan berwajah tembam tetapi ibuku meberitahu ku , aku adalah seorang perempuan yang manis.. terserah la
Namun sememangnya aku memang gemuk.

Aku memiliki seorang sahabat dengan nama panggilan Melly dan dia sungguh baik.. berbalik denganku.

Dia cantik , kurus, menawan dan setiap lelaki pasti akan meliriknya . Ade juga orang yang hairan dengan Mell kenape dia boleh berkawan dengan perempuan seperti ku , mungkin kerana kami sudahpun berkawan sejak sekolah rendah lagi.

Aku dan Melly menuju ke sebuah kafe untuk makan tengah hari , seorang pelayan lelaki bernama David datang ke meja kami , sebenarnya sudah lama aku memerhatikan David.. di memang kacak.

"Nak pesan apa miss?" Soal David sambil memanndag Melly, bukannya aku.

"Saya mahu Cheesecake Blueberry dan omelet je , thank you" balas Melly lalu memandangku supaya memberitahu pesanan
ku

Camni.. walaupun aku gemuk dan aku buat apa je untuk kurus , aku tak pernah dapat control kebiasaan makanku , kalau nak makan.. demi tuhan aku akan makan apa yang aku nak.

"Double patty beef burger, kentang goreng medium, satu pork steak , red velvet cake dan segelas cola besar , terima kasih" pesanku dengan malu'2 , padahal mesti David sedang memakiku dalam hati.

"Semua menu ni share menjadi dua?" Soal David.

"Ah, ya! " balas Melly pantas yang tahu bahawa mungkin aku akan malu.

"Steak tadi nak masak sepenuhnya atau setengah?" Soal David sambil memandangku.

"Setengah"

"Baiklah pesanan akan segera datang" kata Davud lalu melenggang pergi.

Setelah David pergi , Melly memandangku dengan muka yang kesal.

"Kenala?" Soalku sambil menunduk ke bawah bersedia mendengar bebelan dari Melly.

"Sara..aku tahu kau cantik tapi kau kena berusaha kontrolntrol kebiasaan makan tu , terlalu banyak makan makanan camtu tak sihat!"

"Aku tak takut gemuk pun" balasku berbohong dan Melly memandangku dengan simpati.

"Betul? Habis tu kenapa dua minggu lalu kau tiba'2 merempuh pintu bilik aku saat aku pakai baju?"

Aku terus membisu apabila David datang membawa makanan kami . Makanan diletakkan di atas meja dan aku langsung menyambar burger ku , Melly hanya mengeluh lalu menggelengkan kepala

"Diri kau adalah apa yang kau makan"

Kata Melly lalu makan makanannya.

Itu adalah buat kali terakhir aku bercakap dengan Melly untuk saat tu , hari seterusnya aku jarang bercakap dengan Melly bahkan kami tak bertegur sapa seolah ade aura lain yang muncul di antara kami.

Dia fikir dia tu siapa?

Menghina makananku?

Namun aku mula merasa bersalah apabila mengetahui Melly menhilang dua minggu kemudian.

Aku termenung kerana tidak menghabiskan waktu lebih banyak dengannya . Kehilangan Melly menjadi bualan di bandar setelah berbulan-bulan tidak dapat dikesan . Akhirnya kes Melly ditutup dengan kesimpulan Melly lari dari rumah akibat pengaruh rakan sebaya.

Pihak polis sudah berulang kali datang ke rumahku untuk menanyakan soalan berkaitan dengan Melly.
Aku rasa bersalah kerana telah kecewakan pihak polis apabila memberitahu aku tidak pernah berjumpa dengannya.

Dengan hilangnya perempuan tercantik di bandar ni , akhirnya aku membuat keputusan bahawa ini lah masa terbaik untuk merebut gelaran gadis tercantik di bandar.

Aku mula melakukan hal'2 gila untuk melangsingkan tubuhku namun nampaknya sia'2.
Setelah berminggu-minggu mencuba , aku menyerah kalah .

Aku masuk ke dalam apartmenku lalu membuka peti sejuk , aku mengeluarkan bekas tupperware plastik yang terakhir .

Yang berlabel 'siku'

Melly selalu kelihatan cantik dan menawan.

Tapi dia salah.

Dirimu bukanlah apa yang kau makan.

***

"Too Literally" bermaksud menganggapkan apa yang dikatakan terlalu serius

Creepypasta untuk malam ni bertajuk
"Know Your Neighbour"

Vote[√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung


Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now