143 ; Just Another Night

15.9K 1.2K 148
                                    

Abaikan Typo ;)

***

Sudah hampir jam 12 tengah malam ketika handphone ku berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Itu Kai , adikku. Aku hampir tidak mendengar suaranya kerana terdengar musik yang kuat , mungkin Kai sekarang sedang berada di kelab.

"Min! Aku otw nak balik ni , Kyungsoo kata esok dia ada majlis keluarga"

"Baiklah , aku akan tunggu. Kau dah ada duit lebih untuk naik teksi?"

"Tenang , Baek kawan Kyungsoo akan hantar aku balik"

"Baek tu ada minum-minuman keras?"

"Ada , alah setakat dua tiga kelas tu takde effect pun. Bertenanglag , aku akan balik dengan selamat"

"Ingat Kai , aku kunci pintu rumah ni dan kalau aku tertidur mungkin kau tak boleh masuk"

"Okey okey , aku akan balik dengan cepat"

Lalu Kai memutuskan panggilan. Aku sambung menonton cerita di tv , cerita yang menjadi peneman untuk tunggu Kai balik.

Aku hanya tinggal berdua dengan Kai. Kai selalu je balik dengan keadaan mabuk.

Aku tinggal sekejap cerita lalu menuju ke dapur untuk membuat omelet dan pasta. Kemudian aku kembali ke ruang tamu.

Tak lama kemudian handphoneku berbunyi kembali.

"Yaa Min , umm macam ni.. kereta Baek langgar tiang jadi aku akan balik naik bas"

"Kau okey tak?"

"Aku okey , polis pun dah sampai kat sini.."

"Kau tau tak jalan balik rumah dan mana bas tu pergi?"

"Taemin-ah , jangan risau tentang adik kau ni. Aku tahu arah jalan balik , jadi Bertenanglah"

Lalu Kai memutuskan lagi panggilan. Aku mengambil makanan ku tadi lalu makan sambil menonton cerita. Sehinggalah handphoneku berbunyi lagi.

"Nasib baik kau angkat panggilan aku ni.. Dah satu jam aku cuba call kau"

"Gezz , kau mabuk? Kau baru je call aku tadi"

"Aish , aku tak berguraulah. Aku naik bas yang entah kemana arah tujunya. Dah beberapa kali aku kata kat pemandu suruh berhenti tapi pemandu tu tak dengar. Tambahan lagi aku tak yakin kalah penumpang di dalam bas ni boleh bercakap atau tak"

"Okay Kai , kau dah mabuk teruk. Cepat cari teksi dan balik dengan segera. Aku buatkan kau susu panas , jadi aku putuskan ni ya..."

"Tunggu Min! Tunggu! Jangan putuskan sambung ni , jangan biarkan aku sendirian. Ntah dah berapa lama aku duduk kat dalam bas ni dan akhirnya aku dapat turun , mungkin dah seminggu atau sebulan. Aku berjalan tapi semua tempat nampak gelap"

"Dan kegelapan itu kita dipanggil MALAM. Jadi Kai , jangan bermain-main dengan aku"

"Aku serius Min , tapi tunggu..Ouh! Aku kenal jalan ni , nampaknya aku dah nak sampai..jangan putuskan panggilan ni"

"Cepatlah Kai , aku dah mengantuk"

"Um , Min .. mana rumah kita?"

"Bodoh! Rumah kita ada di jalan Mye-..Kau dimana?"

"Aku ada di jalan Myeong , gelap sangat , boleh kau buka lampu depan?"

"Okay , aku akan buka..nahh Kau nampak?"

"Dah , aku akan segera pergi"

Aku masih belum menutup handphone. Terdengar ketukan pintu  , mungkin itu Kai. Aku buka pintu dan ternyata itu bukan Kai tapi..pihak polis?

Mereka bagitau berita yang sangat mengejutkan ku. Mereka bagitau bahawa Kai mati dalam kemalangan. Aku tak bagitau kalau Kai baru sahaja sedang call aku.

Setelah polis pergi , suara Kai terdengar di handphoneku.

"Min , aku tengok ada polis datang. Kenape tu?"

Aku pening perlu balas apa. Aku memutuskan sambungan lalu mengunci pintu. Aku menuju ke sofa , lalu terdengar ketukan di pintu seraya bunyi panggilan masuk di handphoneku.

"Min , aku ada di depan pintu rumah ni..Kenape kau tak buka pintu? Kau tidur? Min.. Min aku sejuk! Kat sini gelap sangat..Min Aku merayu tolong buka kan pintu!"

The end

Vote [/]
Comment[/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now