175 ; Nightwalk

17.2K 1K 308
                                    

***

Full credit to: Zulkarnain Zakaria (Mingguan Malaysia, bahagian Rencam  / Ahad 16 Oktober 2016)

Bulan ogos yang lalu , saya menyertai kem motivasi untuk pelajar yang akan menduduki Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) yang diadakan di Selangor. Program ini menarik , membina semangat persahabatan dan menambahkan keyakinan kami untuk menghadapi peperiksaan serta hari-hari yang akan datang.

Banyak aktiviti fizikal kami jalani. Saya suka melakukan aktiviti lasak seperti flying fox dan mendaki bukit. Malam, salah satu acara yang dilakukan adalah nightwalk berhampiran sebuah kawasan jirat , iaitu perkuburan lama masyarakat Tionghua.

Program dimulakan pada malam jam 9.00. Kami semua berkumpul di dataran kawad, kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian besar. Kemudian semua anggota kumpulan besar ini dibahagikan lagi kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan mengandungi tiga peserta berdasarkan warna-warna tertentu..hijau,kuning,merah dan sebagainya.

Sebelum kami bergerak ke tempat yang ditetapkan , ketua fasilitator beberapa kali memberi ingatan , setiap kumpulan mesti mengikuti jalan yang ditanda oleh lampu cecair yang menyala di dalam gelap (glowing liquid).

Kalau kumpulan hijau , ikut arah yang ditunjukkan oleh lampu hijau. Kalau merah ikut lampu yang berwarna merah. Begitulah untuk kumpulan berikutnya.

"Ikut arah yang ditetapkan! Ingat, kita akan lalu kawasan perkuburan, kamu jangan tunjuk handal nak ikut jalan lain. Kalau sesat kamu sendiri yang susah. Sekeliling kawasan ini dipenuhi belukar dan kawasan kubur!" Ketua fasilitator , iaitu encik Mansor memberi arahan terakhir.

Jam 9.30 malam , semua sudah bersedia untuk memulakan nightwalk.

Kami tidak dilepaskan serentak , tetapi satu kumpulan demi satu kumpulan berselang 10 minit.

Bermula dari dataran kawad, kami mula berjalan masuk ke lorong-lorong di yang ditetapkan. Di tempat tertentu ada fasilitator yang menunggu bagi mengelakkan kami tersesat.

Berjalan dalam gelap dengan dua orang kawan, lalu tepi belukar dan kawasan perkuburan memang cukup mendebarkan. Begitu juga ketika melalui kawasan bangunan kosong dan pokok-pokok besar. Seram bhai..

Sekitar jam 11.00 malam kami semua sampai ke garisan penamat dan berkumpul di dataran kawad. Suasana jadi serta merta kecoh , inilah yang saya ingin kongsikan bersama pembaca semua..

Diekori Halimunan.

Semasa menjalankan aktiviti itu memang saya ada melihat sesuatu, tetapi biar saya mulakan dengan kisah kawan-kawan saya dahulu. Ketika berkumpul di dataran kawad, ramai yang mula berkongsi cerita. Perkongsian ini lebih hangat semasa kami kembali ke asrama. Ceritanya lebih terperinci.

Sahabat kami, Amira memberitahu sewaktu kami sampai di simpang tiga ketika mula memasuki pinggiran kawasan jirat. Dia lihat lampu hijau menunjukkan arah kiri. Dia bersama Saidatul dan Aina mula berasa pelik , kenapa lampu itu menunjukkan arah ke kiri sedangkan di awal tadi fasilitator sudah memberi arahan , hanya ikut lorong kanan sahaja.

Adakah ini permainan psikologi pengajur program? Tidak logik pula sebab tak mungkin mereka akan membahayakan para peserta. Perempuan pulak tu, pada waktu malam dan tempat misteri begini. Mustahil..

Mereka ambil keputusan abaikan arahan lampu hijau itu dan ambil jalan ke kanan. Ternyata memang itulah jalan yang sepatutnya diambil. Kalau mereka ikut jalan kiri , pasti akan sesat.

Apabila diberitahu tentang perkara ini, semua fasilitator terkejut. Mustahil mereka akan buat sesuatu yang boleh mengundang bahaya peserta, kelak ia akan menyusahkan penganjur sendiri. Jadi , siapa yang tukar arah jalan itu?

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now