128 ; Backpacker

17K 1.4K 136
                                    

***

Alkisah , ada seorang lelaki berusia 21 tahun iaitu Jared yang ingin menjelajah dunia .  Di ingin menjadi backpaker , mengelilingi dunia dan melihat kehidupan eksotik.

Dia fikir mungkin ini akan menjadi pengalaman yang menarik ,  dia bebas menentukan ke mana dia pergi .  Bertemu dengan orang yang belum pernah dia kenal dan tempat yang tidak pernah dia kunjungi.

Tujuan pertamanya ialah China   , jadi dia akan naik kapal terbang ke Beijing dan menjelajah pendalaman  China . Di perjalanan ,  Jared mendapat satu idea yang menarik .

Dia akan menaiki bas secara santai ,  tanpa tahu kemana bas itu akan membawanya  . Dengan begitu ,  dia akan menjelajahi wilayah yang tidak diketahuinya.

Mesti akan menjadi pengalaman paling membanggakan kalau dia bercerita kepada kawannya nanti.

Suatu hari ,  dia mula menjalankan rancangannya   . Dia naik ke sebuah bas tanpa arah tujuan bas itu.  Bas itu membawa masuk kedalam pendalaman , masuk ke dalam hutan dan lembah yang eksotik.

Bas itu meneroka hutan ,  namun Jared merasakan ada yang pelik.

Penumpang di dalam bas itu memandangnya dengan pelik .  Mereka juga memilih untuk berdiri daripada duduk di kerusi yang kosong di sebelahnya.
Awalnya Jared berfikir mungkin dia orang asing ,  namun pandangan semua penumpang itu mengganggunya.

Jared memutuskan untuk mengabaikan sahaja. walaupun perasaaanya sekarang tidak selesa .  Bas itu berhenti di sebuah stesen dan naiklah seorang perempuan cantik dan lantas pandangan perempuan itu teralih ke arah Jared.

Namun perempuan itu kelihatan terkejut ketika melihat Jared berada di dalam bas .  Dengan cepat perempuan itu menyelip di antara penumpang lain daa duduk di sebelah Jared.

"Apa yang awak buat dalam bas ni?  Awak tahu bas ni bawa awak ke mana?" Soal perempuan itu ,  suaranya sedikit panik.

Jared berasa lega apabila ada yang dapat bercakap dengannya ,  lalu Jared membalas "aku tak tahu ,  aku sedang melancong dan aku pun tak tahu bas ni bawa aku ke mana"

"Saya perlu ingatkan awak kalau awak berada dalam masalah besar!"

"Kenapa?"

"Perkampungan yang awak tuju ni adalah 'Perkampungan Pemakan Manusia'. Penduduknya kanibal ! Penduduk di perkampungan tu akan tangkap orang asing yang tersesat di sini!"

Jared ketawa ,  tau setelah melihat wajah serius perempuan itu dia tahu bahawa dia tidak menipu.

"Kau serius?"

"Betul lah! Tengok penumpang di dalam bas ni ,  mereka berasal dari perkampungan tu" bisik perempuan itu.

Harris memandang penumpang lain di dalam bas dengan takut  . Betul ,  mereka memandang Jsred dengan muka lapar  tambahan lagi ade kesan cecair merah di tepi bibir mereka.

"Bas ni hampir dekat dengan perkampungan tu ,  kau perlu lari sekarang!" Kata perempuan itu.

Bas itu mula lambat apabila melewati satu selekoh.

"Ni kesempatan , lari sekarang!" Jerit perempuan itu.

Mereka berdua dengan pantas berlari ke arah pintu dan melompat keluar .  Penumpang lain yang berada di dalam bas mula mengamuk dan cuba untuk mengejar mereka.

"Cepat lari!"

Jared berusaha mengikuti perempuan itu naik ke sebuah bukit rendah.  Setelah berpenat melarikan diri akhirnya orang perkampungan itu tidak lagi kelihatan.

"Te...terima kasih" Jared terduduk di tanah sambil mengambil nafas dalam .  Lega apabila nyawanya selamat.

"Nahh" bisik perempuan itu sambil menjilat bibirnya "akhirnya aku dapat makan seorang diri"

Jared memandang perempuan itu yang sudah mengeluarkan sebilah pisau dapur yang besar.

###

##

#

Kanibal 😓

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung 

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now