166 ; Fire Damage

13.5K 1.1K 56
                                    

***

Aku tinggal di sebuah rumah yang sangat tua di pinggir bandar. Salah seorang rakanku datang mengunjungiku. Dia menginap di sini selama sebulan , dia membawa banyak bag dan pelbagai lagi jenis barang. Hanya ada satu bilik di rumah itu , jadi dia tidur di atas sofa di ruang tamu.

Suatu malam, rakanku membuka pintu bilikku dengan kuat sambil menjerit "kebakaran! Kebakaran!"

Aku bangun, was-was dan kebingungan. Aku curiga kalau dia hanya mengenakan aku.

Aku turun dari katil dan aku dapat merasakan hawa panas di bawah tapak kakiku. Rakanku berlari keluar dari rumah, sedangkan aku mengikuti dia dari belakang. Aku tidak dapat melihat api di mana pun, tetapi saat kami menuju pintu depan. Aku dapat mendengar bunyi gemuruh dan api meretih di sekitarku.

Kami berlari keluar pintu depan dan menyeberangi rumput. Saat aku sampai di seberang jalan, aku berbalik dan melihat rumah. Ada asap tebal berwarna hitam keluar dari atap bumbung. Kami berdiri si sana beberapa minit melihat api menjilat rumahku. Saat itu aku melihat di tepi ku , terdapat bag dan barang-barang rakanku berjajar di tepi jalan.

Ternyata , saat dia menyedari rumahku terbakar. Dia mengambil waktu untuk mengeluarkan dulu barang dan bagnya sebelum dia datang untuk membangunkan ku. Bag dan barangnya lebih penting lagi dibandingkan diriku.

Setelah anggota bomba datang dan mematikan api, mereka memberitahuku kami bernasib baik kerana masih hidup. Jika kami tidak menyelamatkan diri tepat pada waktu sudah pasti kami terperangkap di dalam sana.

Tidak ada yang dapat ku katakan selain mengatakan pada kawanku kalau kami bukan rakan lagi setelah itu.  

***

; kawan dia pentingkan barang dan bag dia lagi daripada nyawa si 'aku'.  Sepatutnya kawan dia patut selamatkan si 'aku' dulu. Jadi lepas kebakaran tu mereka putus kawan. Eleh siapa nak kawan dengan orang yang selfish.

Vote [/]
Comment [/]

lelepons

Creepypasta ∽ malay ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя