131 ; Love Potion

17.4K 1.3K 96
                                    

Cr- Reddit Short Scary Story

***

"Ahjumma yakin yang ia betul-betul berhasil?" Soal ku pada seorang ahjumma

"Iya sayang.. satu titik sahaja dia akan tertarik pada  mu ,  dua titik sahaja dia akan mencintai sepenuh hatinya" kata ahjumma itu dengan yakin

"Macam mana kalau ia minum kesemuanya?" Soal ku lagi sambil memerhati botol kecil yang dipegangku , di dalamnya terisi cecair bewarna putih  cair

"Dia akan tergila-gilakan mu! Dia tidak berhenti mencintai sehingga kamu menjadi miliknya!" Kata ahjumma itu dengan tersenyum

Aku sangat mencintai Mark , tidak salah jika dia tergila-gilakan aku seperti mana aku tergila-gilakan dia..

"Okay ahjumma..saya akan cuba  , uh ni duit nya .. kamsahamnidda" kata ku sambil menghulur beberapa not wang kertas

Hari seterusnya ,  aku berjumpa dengan Mark. Aku mengajak minum coffe di cafe dan dia tidak menolak
Aku sudah lama berkenalan dengan Mark, dia pun sekarang sudah ada yeojachingu. Namun begitu ,  aku akan pastikan hubungan mereka akan terputus hari ni!

Kami duduk di sebuah meja yang sedikit jauh dari orang lain. Namun sedang kami menikmati minuman kami , dia keluar dari cafe sekejap untuk menjawab panggilan, uhh..mungkin dari yeojachingunya

Apapun ,  ini adalah masa yang tepat.  Aku memasukkan semua cecair dari dalam botol itu ke dalam coffe nya . Beberapa saat kemudian dia datang nak minum coffeenya sehingga habis ,  katanya dia sedang mengejar masa dan terpaksa pergi dahulu  . Mark mengucapkan selamat tinggal dan meninggalkan aku sendirian di cafe

Pada malam itu ,  aku sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.  Malam itu sungguh pelik bagi aku,  aku tiba-tiba merasa gugup. Kemudian aku teringat tentang kejadian tadi ,  betul ke semua tu akan terjadi

Sekilas berita muncul di siaran , diberitakan bahawa ada kemalangan teruk berlaku dari beberapa block dari rumah ku dan mangsa yang berkemungkinan  mati adalah seorang lelaki . 

Namun mayat lelaki tidak ada di tempat kejadian . Lalu dimainkan rakaman cctv di mana kelihatan lelaki yang tersempit di bawah kereta itu berusaha keluar ,  dengan kepala yang pecah dan muka hancur dia berlari perlahan menuju ntah kemana

Ntah kenapa tiba-tiba aku jantung aku berdegup kencang ,  seluruh tubuhku membeku dan bulu roma ku mula tegak berdiri

Ini tak mungkin terjadi..

Tangisan ku terhenti apabila aku mendengar ketukan pintu bertalu-talu . Aku dengan kaki yang bergetar menuju ke pintu dan membuka perlahan

Sungguh aku menyesal

"Kau...ad-adalah milik..ku"

Kelihatan Mark sedang berdiri di situ ,  muka hancur dan otaknya yang kelihatan. Memang sukar untuk mengenali mukanya sekarang 

###

##

#

new cover , it's V!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

new cover , it's V!


Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now