125 ; Schizophrenic

18.3K 1.3K 132
                                    

***

Ini bukan cerita melainkan sebuah sesi soal jawab dari Dr.Hayashi - seorang doktor pakar yang terkenal di Japan
Suatu hari dia mendapat surat dari seseorang yang mengeluh akan keadaannya dan memohon mencari jalan penyelesaian

Pertanyaan:

Ini tentang adik lelaki ku yang berusia 18 tahun .  Dia sudah habis sekolah dan hanya tinggal di rumah sepanjang hari

Untuk jangka waktu yang panjang  , saya mengalami perlakuan kebudak-budakan dari nya tapi akhir-akhir ni semakin teruk

Bilik ku dan bilik nya sebenar sama dan satu bilik tapi kami membahagikan dengan sebuah pintu tolak dan menyandarkan beberapa perabot di pintu

Barang-barang tidak kedap bunyi dan masing-masing kami dapat dengar suara antara satu sama lain

Ketika malam  minggu ,  adik lelaki  ku bangun sekitar jam 3 pagi ,  10 minit hingga sejam sebelum aku bangun kerana jam yang berbunyi kuat

Ketika saya turun ke tingkat bawah dia ikut di belakang ku

Ketika naik dia dengan cepat mengejarku , berdiri di depan bilikku dan ketawa terkekeh dengan cara yang menakutkan .  Lalu masuk ke dalam biliknya sendiri  , menutup pintu sehingga rapat

Ketika aku bersiap-siap pergi ke pejabat pada pagi hari ,  dia mengikuti ku setiap saat ketika aku turun naik turun tingkat 1 dan 2

Ketika aku menggunakan wastafel dia juga ikut dan cepat-cepat menggunakan nya ketika aku sudah selesai

Ketika tangan ku kotor dan aku pergi ke bilik mandi untuk mencuci nya ,  adik lelaki ku bergegas datang dan mengikuti ku mencuci tangan juga

Ketika aku tiba di rumah setelah pulang dari kerja dan mulai manyantap makanan ,  dia pergi ke wastafel dan mulai menggosok giginya lalu membuat suara yang menjijikkan

Suara itu membuatkan aku hilang selera makan jadi aku memutuskan untuk berhenti makan dan menunggu sehingga dia selesai . Tapi , ketika aku  berhenti makan dia berhenti juga dan dia menunggu ku hingga aku mua makan balik lalu dia mula menggosok balik

Ketika dia mandi dia selalu berusaha untuk melakukannya sebelum aku jadi selalu memerhatikan aku

Ketika dia sudah mandi  , dia akan membuang air panas dan mengisi balik dengan air sejuk sebagai ganti .  Betul-betul meluat

Ketika aku lewat mandi malam dan naik ke tingkat atas .  Dia akan menunggu ku dalam gelap di tingkat 1 dan mengikutiku naik dari belakang dengan terkekeh perlahan dengan menakutkan

Di malam hari ketika aku turun ke bawah untuk minum air dan setelah itu adik lelaki ku akan naik bersama ,  mengikuti ku dari belakang dan masih dengan ketawa nya

Ketika aku mematikan lampu untuk tidur ,  dia juga mematikan lampu bilik nya dengan cepat .  Walaupun dia masih menonton televisyen dan ketawa selepas itu

Ketika membuka dan menutup pintu dia akan melakukan balik dengan kasar hingga barang bilikku bergetar

Dia akan berhenti buat semua hal itu jika aku betul-betul sudah tidur

Ketika waktu cuti ,  dia akan menggunakan semua tali jemuran menyangkutkan baju nya sehingga tiada ruang untuk pakaian ku .  Dia akan melakukan hal itu walaupun hari hujan

Dia malah muncul apabila aku membawa barang ku untuk menambah tali jemuran .  Dia akan melekatkan muka nya di cermin tingkap dan keatawa menakutkan sehingga melihat ku

Kadang-kadang ketika aku berusaha tidak menghiraukan nya ,  dia akan marah dan dia akan cuba memukul atau mencekik ku

Adikku satu-satunya lelaki di keluarga ku dan seorang pun tidak dapat memberhentikan nya

Aku rasa alasan dari tingkah lakunya yang tidak normal adalah karena dia penghidap schizophrenia. Bagaimana menurut doktor?

Jawapan:

Dr. Hayashi

Jika semua yang ada dalam surat kau adalah betul , aku mempunyai alasan kuat percaya bahawa adik lelaki kau menderita schizophrenia

Tapi beberapa hal dalam cerita kau membuatkan aku bingung

Walau dengan memberitahu bahawa adik kau penderita schizophrenia dan memiliki halusinasi tentang kau ,  boleh kah dia melalukan hal yang terperinci dengan terus-menerus memperhatikan kau dan menghalangi setiap saat tindakan kau?  Sangat sulit untuk dia melakukan hal sedemikian

Juga sangat sulit membayangkan kau mampu mengabaikan tindakannya dan tinggal selama jangka waktu yang lama seperti itu

Di atas  , fikiran dari penulis "seseorang tengah memperhatikan aku sepanjang waktu dan berusaha menganggu setiap tindakan ku"  , itu adalah salah satu jenis keluhan halusinasi yang biasa dibuat oleh seorang pederita schizophrenia

Aku tidak yakin sepenuhnya jika kau berfikir kemungkinan "adik lelaki kau" yang kau bagitau itu adalah hanya seorang yang muncul dalam imaginasi kau?

Jika begitu  , sudah pasti kau sendiri yang menderita schizophrenia

Atau mungkin "adik lelaki " kau itu betul-betul wujud tapi dia tidak menunjukkan perlakuan aneh itu.  Semua itu ciptaan dari halusinasi .  Jika begitu , kau hampir pasti menderita schizophrenia

###

##

#

Sesi tanya jawab ni amat menakutkan , menggambarkan pola pemikiran seorang penderita schizophrenia

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now