118 ; Revived

17.4K 1.4K 374
                                    

***

Nama aku Ken , aku menetap di bandar besar Seoul Korea . Pada suatu hari ,  sedang aku menunggu rakan ku di stesen keretapi bawah tanah .
Aku terpandang seorang pengemis duduk di atas lantai ,  berguman seorang diri apabila ada seseorany melintas di hadapannya

Dia memegang sebekas mangkuk lalu ditadahkan di hadapan sambil mengharap belas kasihan orang lain.  Seorang perempuan gemuk melintasi di hadapannya dan dengan jelas dapat mendengar pengemis itu menguman

"Babi"

Wow! Pengemis ni mengejek orang lain dan masih mengharapkan belas kasihan mereka?

Kemudian seorang karyawan berbaju rapi melintasi di hadapannya  dan pengemis itu mengatakan "manusia"

Manusia? Naahh..memang jelas lah dia manusia?  Tak kan babi jugak kan?

Keesokan harinya , aku menuju la ke stesen itu untuk menuju ke tempat kerja .  Aku memutuskan untuk berdiri sedikit dekat dengan pengemis itu untuk mendengar apa yang dikatakan nya

Lalu seorang lelaki kurus berjalan di depannya "lembu"

Lembu? Lelaki tu terlalu kurus untuk disamakan dengan lembu .  Bagi ku  lebih baik samakan lelaki tu dengan ayam

Beberapa minit kemudian ,  seorang lelaki gemuk melintasinya dan pengemis itu mengatakan  "kentang"

Kentang? Aku ingat kan dia akan memanggil orang gemuk ni babi

Pada hari itu ,  saat sedang bekerja aku tidak dapat memikirkan tentang pengemis itu dan apa yang dikatakan amat pelik.  Mungkin dia ada kemampuan yang luar biasanya

Aku sering mendengar dia mengatakan ikan ,  kambing  , jagung dan telur

Suatu hari ,  rasa ingin tahu sudah tidak tertahan dan aku memutuskan untuk melintasi di depannya .  Dia memandang ku lalu mengatakan "roti"

Aku meletakkan sekeping duit di dalam mangkuk nya dan menanyakan apakah dia mempunyai kelebihan

Pengemis itu tersenyum dan mengatakan "nae , memang ajushhi ada kelebihan istimewa ,  Ajusshi dapat tahu apa yang orang terakhir makan apabila mereka melintasi Ajusshi"

Aku ketawa kerana baru aku menyedari bahawa dia betul .  Ajusshi itu mengatakan roti ,  roti adalah makanan  terakhir aku sebelum aku pergi ke tempat kerja . Setelah itu aku berbual sedikit dengannya lalu berlalu pergi ke tempat kerja

###

##

#

Ada yang tahu tak mana part creepy nya? Hmmm..

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat