75 ; Phone Booth

21.5K 1.7K 188
                                    

***

Phone Booth atau telefon awam merupakan cerita seram yang berasal dari Jepun yang menceritakan tentang dua orang sahabat yang tertarik dengan cerita hantu atau cerita lagenda

Di ceritakan , ade dua sahabat bernama Izumi dan Hoshi . Mereka selalu berbagi cerita seram antara satu sama lain .  Bila-bila masa mereka berjumpa mesti ada cerita baru yang akan diceritakan.

Suatu hari ,  saat Hoshi sedang browsing internet , dia terjumpa satu website yang mempunyai banyak lagenda jepun . Lalu dia membaca sebuah cerita tentang jambatan gantung yang terletak dekat dengan rumahnya.

Di website tersebut terdapat banyak gambar jambatan gantung itu dan tempat sekitarnya. Saat Hoshi sedang membaca ni ,  Hoshi berfikir mesti Izumi akan tertarik.

Apabila dia berjumpa dengan Izumi , Hoshi menceritakan tentang jambatan gantung itu .  Jambatan itu sudah tua usianya yang digunakan untuk menyeberangi sebuah jurang .  Di bagitau bahawa jambatan itu terkenal kerana banyak orang yang bunuh diri di situ.

Setiap tahun ,  sekitar 20-30 orang yang akan terjun dari jambatan itu .  Tak ada seorang pun yang dapat jelaskan kenapa mereka bunuh diri.

Mereka mengatakan bahwa tempat itu dihantui oleh arwah dari semua orang yang telah bunuh diri di situ.

Saat Izumi pulang dari sekolah ,  di merancang untuk pergi ke jambatan itu.  Dia teringin melihat hantu.

Pada malam itu ,  dia menuju ke jambatan itu berada. Diperlukan sekitar setengah jam untuk sampai di sana,  saat itu sudah hampir tengah malam.

Izumi tiba di jambatan itu dan tidak ada sesiapapun di situ ,  sangat gelap dan hening.

Suasananya begitu menyeramkan dan membuatkan bulu roma Izumi berdiri tegak.

"Daebak..tempat ni memang menyeramkan.." gumam  Izumi sendirian sambil berjalan dengan berhati-hati ke tepi jurang dan melihat jurang itu.

Dia mula berfikir tentang orang-orang yang melompat ke dalam jurang ini. Itu sangat menegangkan dan berasa dia harus bagitau Hoshi tentang tempat ni.

Izumi mengeluarkan phonenya dari poket dan mula menekan nombor Hoshi .  Tapi baru dia  tersedar bahwa tempat ni tinggi dan jauh dari jangkauan signal.

Izumi melihat sekeliling dan mendapati ade telefon umum tak berada jauh darinya. Dia menuju ke telefon itu lalu memasukan beberapa koin dan mendail nombor Hoshi.

"Hello? Ya Hoshi!  Cuba teka aku kat mana?"

"Yaa..mana lah aku tau"

"Haha , aku berada di jambatan gantung yang kau cerita tu!  Pemandangannya memang luar biasa! Kau perlu datang sini Hoshi!"

"Yah! Aku pun nak pergi ,  aku dah tengok gambar-gambar di web- hey, tunggu sekejap.. kat mana kau telpon aku ni?"

Izumi ketawa.

"Ouh handphone aku takde signal ,  jadi aku telpon kau guna telefon awam sekitar sini"

Hoshi mula hairan.

"Telefon awam?  Mana ada telefon awam kat situ.. aku dah tengok semua gambarnya"

"Naah.. apa yang kau cakap ni? Aku ada di telefon awam tepat di depan jambatan ni.. jap.. lebih baik aku pergi sebab ade orang lain lagi nak guna telefon awam ni ,  aku telfon kau bila aku sampai kat rumah nanti"

Hoshi menjerit.

"Tidak! Jangan keluar dari situ! aku tahu tempat tu! Aku akan pergi sekarang dalam masa 30 minit ,  apapun yang kau lakukan jangan kau bergerak!"

"Kenapa ni?"

"Janji dengan aku! Kau jangan sedikit pun bergerak! Aku datang dengan segera!"

Apabila Hoshi mematikan panggilan tu ,  Izumi mula merasa aura seram  di sekitarnya.

Dia berdiri di dalam bilik telefon tu sambil masih lagi memegang gagang yang terus diletakkan di telinganya.

Izumi memandang keluar ,kelihatan ramai orang beratur di belakang sambil memandangnya dengan tajam.

Setengah jam kemudian ,  Hoshi datang di jambatan tersebut.

Dia melihat Izumi tengah berdiri di paling tepi dengan jurang.

Dan Izumi tengah memegang telefon bimbitnya di lekatkan di telinga.

Tidak ada pun bilik telefon dan tidak ada orang yang sedang beratur menunggu giliran untuk menggunakan bilik telefon.

Jika Izumi bergerak satu inci sahaja ,  dia akan jatuh dari tepi jurang dan jatuh ke dalamnya.

***THE END

ni bermaksud Izumi  kena halusinasi dari hantu ,  sebenarnya dia telefon Hoshi guna telefon bimbitnya bukan guna telefon awam.

Vote [√]
Comment [√]

Scaryforkids-



Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now