14 ; Talking Doll

32.4K 2.7K 526
                                    

***

Ade pasangan suami isteri , mereka memerlukan seorang pembantu rumah , dan mereka telah menerima seorang pembantu rumah yang muda bernama Sarah.

Si isteri mempunyai banyak koleksi patung dan dia menyuruh Sarah mencuci seminggu sekali.

Selama seminggu Sarah sesekali menjenguk bilik yang dipenuhi patung di sudut bilik , Sarah amat bencikan patung .

Suatu hari saat Sarah membersih patung itu , dia tertarik dengan salah satu patung yang dapat bersuara apabila menarik tali di belakang badannya.

Sarah pon menarik tali badan patung itu dan patung itu bersuara.

"Hello.."

Sarah menarik sekali lagi

"Saya sayang ibu saya"

Sarah pun meletakkan patung itu kembali dan sambung bekerja.

Beberapa minggu kemudian , saat Sarah mencuci patung itu , dia secara tidak sengaja telah menjatuhkan satu patung berkaca , patung itu jatuh dan lantas si isteri menuju ke ruang bilik itu.

Si isteri sedih dan mengeluarkan air mata
"Maafkan saya , puan .. Saya tak sengaja jatuhkan nye .. Saya takkan ulang lagi" kata Sarah lalu menunduk beberapa kali.

Si isteri hanya menangis sedih melihat patung itu dan berkata pada Sarah suapaya berhati'2 kalau hendak bekerja di sini lagi dan Sarah  hanya setuju.

***

Ke esokkan harinya , pasangan suami isteri itu meninggalkan Sarah sendirian di rumah. Sarah  mula bosan dan tidak membuat tugasnya.

Sarah duduk di dapur sambil menikmati minuman hot chocolatenya , di situ lah dia sedang memikirkan rancangan jahat.

Sarah meletakkan cawannye di atas meja lalu menuju ke bilik patung itu . Sarah  mengambil salah satu patung "dia pasti sayangkan patung ni" kata Sarah lalu melemparkan atas lantai.

Sarah tersenyum jahat , dia suka rosakkan patung dan dia berasa puas. Sarah mencampakkan lagi patung itu di merata tempat.

Dengan tiba'2 si isteri muncul dan terkejut melihat banyak patung kesayanganya rosak dengan marah "Apa yang kau buat ni ?!"

Si suami yang melihat isterinya marah lansung memecat Sarah. Sarah  lantas menyimpan bajunya dan meninggalkan rumah dengan perasaan marah

Sarah merancang menyelinap masuk ke dalam rumah majikannya pada waktu malam.

Sarah menuju ke dapur dan mengambil pisau yang besar dan tajam lalu masuk ke dalam bilik majikan nya yang sudah pon tidur.

Ke esok kan harinya Sarah menuju ke rumah majikan nya dan membuat laporan polis bahawa majikannya dibunuh dan berpura-pura tidak bersalah.

Setelah polis beredar dari rumah apabila selesai mencatat kes , Sarah menuju ke bilik patung.

Semarah mengambil patung yang dapat bercakap itu dan menarik tali patung itu.

"Hello..."

Sarah  menarik lagi

"Kenape kau membunuh ibuku?"

Sarah mula ketakutan "ap..apa yang kau ka..kata?"

"Kenape kau membunuh ibuku?"

Sarah  menarik lagi walaupun berasa takut

"Kenape kau membunuh ibuku? Dia ibu  yang baik , aku sayang dia .. KENAPE KAU MEMBUNUH IBUKU?!"

Sarah membulatkan matanya dan melempar patung itu ke dinding.

"KAU MEMBUNUH IBUKU!!"

Patung itu berkata dengan kuat dan lansung Sarah keluar dari rumah itu.

Ke esokkannya , Sarah ditemukan mati di atas katil biliknya , di tangan terdapat satu patung yang dapat bersuara , salah satu anggota polis menarik tali patung itu , patung itu bersuara

"Dia membunuh ibuku...Dia membunuh ibuku...Dia membunuh ibuku ..."

***

Omma saya tak bagi tidur dengan patung bermuka sejak kecil lagi , saya tanya kenape dan omma saya senyap je -_-

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now