127 ; I'm Sorry Mom

17.4K 1.5K 264
                                    

***

Ada seorang ibu yang hidup di kota kecil Daegu bersama suaminya.
Pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak remaja lelaki yang selalu membuat masalah di sekolah , iaitu Taehyung
Kedua orang tuanya selalu kecewa dengan Taehyung.

Suatu pagi , ibunya membangunkan Taehyung untuk menyuruh anaknya pergi ke sekolah . Saat Taehyung sedang menggosok gigi , ibunya menyiapkan sarapan pagi . Lalu dia menghantar Taehyung ke sekolah.

Beberapa jam kemudian , ibunya sedang mengemas rumah. Saat itu hampir jam makan tengah hari , pada masa itu ibunya melintasi bilik anaknya yang pintu tidak tertutup.

Ibunya terkejut apabila melihat Taehyung sedang duduk di kerusi dekat dengan tingkap dan menatap di luar tingkap.

"Kim Taehyung!" Panggil ibunya dengan marah. "kenapa kamu berada di rumah sekarang?! Kamu ponteng sekolah?!"

Taehyung hanya diam sambil memandang ibunya, saat itu ibunya melihat kepala Taehyung yang berdarah.

"Taehyung , kenapa kepala kamu berdarah?" Tanya nya.

"Saya minta maaf , ibu" balas Taehyung.

"Kamu bergaduh lagi?" Soal ibunya "cikgu kamu suruh balik?"

"Saya minta maaf ibu" kata Taehyung lagi dengan perlahan.

"Ibu tak nak dengar alasan kamu!" Kata ommanya marah "jangan keluar bilik selagi ayah kamu belum balik!"

Taehyung hanya menunduk , ibunya keluar dari bilik anaknya lalu mengunci pintu dari luar. Ibunya menghela nafas sedih .

Lalu telefon berdering , dnegn cepat ibunya mengangkat telefon.

"Halo" sapa satu suara "boleh saya bercakap dengan ibu Kim Taehyung?"

"Siapa ni?" Tanya ibu Taehyung.

"Saya pengetua sekolah"

"Oh tidak" kata ommanya dengan suara perlahan" apa yang dilakukan Taehyung di sekolah tadi?"

"Saya tidak tahu harus bagitau macam , pagi tadi.. Taehyung naik ke atap sekolah.."

"Saya disini meminta maaf atas kelakuannya" balas ibunya "saya akan menyakinkan bahawa selepas  ayahnya pulang , Taehyung akan dihukum"

"Tidak , puan tak faham" balas pengetua sekolah itu "Taehyung lompat dari atap sekolah dan kepalanya terhempas terlebih dahulu.. saya..sangat minta maaf , dia mati di tempat kejadian"

Ibu Taehyung menjatuhkan telefon , matanya berkaca-kaca. Dia lantas menuju ke bilik Taehyung , membuka kunci dan masuk ke dalam bilik Taehyung.

Biliknya kosong.

###

##

#

Tukar mood lah 🌈

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt