171 ; Doppleganger

14.7K 1K 125
                                    

***

Request -

Dikatakan bahawa di dunia ini setiap manusia memiliki lembaran dari dimensi lain yang dinamakan 'Doppelganger' , dan jika ditemui maka mereka akan bernasib buruk.

Ternyata sebilangan tokoh-tokoh penting di dunia ini pernah bertemu dengan doppleganger diri mereka sendiri dan kisah tersebut berakhir dengan pertanda buruk. Berikut merupakan cerita dari tokoh dunia yang melihat kembaran mereka sendiri.

Doppleganger merupakan perkataan yang berasal dari Jerman yang terbahagi 2 kata iaitu Dopple(double) dan Ganger(walker) . Yang dapat beri maksud kembaran anda yang sedang berjalan.

1. Johann Wolfgang von Goethe.

Merupakan seorang penulis, penyair yang berasal dari Jerman. Karya-karya beliau sangat terkenal di bidang penulisan.  Dimana setiap karya beliau akan dibaca oleh masyarakat luas dan harmoni.

Suatu hari, Goethe sedang berjalan-jalan dan dia bertemu dengan seseorang yang misteri yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Dikatakan saat itu Goethe melihat manusia tersebut dengan mata kepala dia sendiri. Manusia misteri itu tidak lain tidak bukan adalah Goethe sendiri walaupun baju yang berbeza dan tidak lama manusia misteri itu menghilang.

Ajaibnya, 8 tahun kemudian Goethe perasan akan dirinya berjalan di kawasan yang sama ketika dia bertemu dengan doppleganger dirinya. Tiba-tiba dia menyedari bahawa dia memakai pakaian yang sama dengan doppleganger dirinya pada 8 tahun yang lalu.

2. Catherine The Great.

Merupakan tokoh dari abad ke-18 yang merupakan ratu Rusia. Diceritakan bahawa suatu malam dirinya berbaring di katil dan tiba-tiba pelayannya mengatakan kepada dirinya bahwa mereka melihat dirinya sedang berlegar-legar di ruang tamu. Catherine menuju ke ruang tamu dan ternyata dia melihat betul-betul bahawa doppleganger dirinya sedang duduk santai di atas sofa.

Melihat hal itu , Catherine lantas memerintahkan pegawai keselamatan menembak doppleganger dirinya. Tidak diceritakan adalah peluru itu tersebut memiliki efek terhadap bayangan tersebut , namun mengerikan apabila Catherine meninggal beberapa saat kemudian.

3. Queen Elizabeth I

Merupakan ratu berkuasa di Inggeris pada tahun 1558-1603. Dirinya di kenal sebagai orang yang berkarisma , cerdas dan berwibawa. Namun suatu hari , dia mengaku bahawa dia melihat doppleganger dirinya sedang terbaring tidak bergerak di atas katilnya bagaikan mayat. Pengalaman tersebut menghantui dirinya kerana merupakan pertanda kematian.

Akan tetapi di katakan bahawa hal tersebut hanya halusinasi semata-mata kerana dirinya telah tua. Namun ternyata dirinya meninggal tidak lama setelah dirinya melihat doppleganger dirinya.

***

Vote [/]
Comment [/]

lelepons-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now