134 ; Endless Loop

16.4K 1.3K 53
                                    

***

Pada suatu malam , ada seorang lelaki bermimpi hal yang sangat buruk . Dia bermimpi berada di tengah padang pasir yang sangat panas. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh berada di situ.

Saat di melihat tangannya , barulah dia tersedar bahawa dia sedang memegang sebilah pisau dapur yang besar. Mata pisau itu berkilat memantulkan panas matahari hingga ke wajahnya

Dia berjalan , mencuba untuk mencari jalan keluar . Tidak hanya panas matahari sahaja yang menyeksa nya , namun perasaan bahawa di sedang bersendirian di sana dan tidak ada siapa yang akan menolongnya

Tiba-tiba dari kejauhan dia melihat sesuatu . Ternyata itu adalah sosok tubuh manusia tengah terbaring di atas padang pasir . Lelaki itu amat gembira apabila dia dapat berjumpa dengan seseorang. Lalu lelaki itu berlari menuju ke arah manusia itu

Namun apabila dia sampai , mukanya berubah ketakutan. Manusia yang dia lihat sedang berbaring itu adalah dirinya sendiri . Disebabkan rasa takut yang teramat sangat , lelaki itu menjerit dan menghayunkan bilah pisau itu ke leher lelaki itu. Menebas kepala lelaki itu sehingga bergolek di pasir

Darah membasahi pasir di sekitarnya dan begitu tersedar dari perbuatannya . Lalu dia menangis dan membuang pisau itu .

Beberapa saat kemudian dia memutuskan untuk terus berjalan. Namun sejauh mana dia berjalan , yang dilihatnya adalah pasir dan pasir.

Kelelahan , lalu lelaki itu terjatuh . Tubuhnya terbaring di atas pasir dan pasrah menerima kematiannya .

Namun kemudian , dia terdengar bunyi langkah seseorang mendekatinya. Dia tidak kuat lagi mendongakkan kepalanya ke atas untuk melihat siapa yang datang

Dia sangat berharap orang tersebut akan menolongnya. Namun apa yang dilihatnya jauh lebih mengerikan dibanding apa yang dialami

Dia melihat seorang lelaki sedang berdiri di atasnya dengan pisau dapur di tangan

Lelaki itu adalah dirinya

***

Ni urban legend :>

Vote[/]
Comment[/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now