121 ; Twist Ending

18.7K 1.3K 84
                                    

cr.  Creepysoldier.blogspot.com

Ada seorang penulis yang sangat terkenal bernama Kuhn , dia telah menulis banyak novel horror . Semua penerbit memuji bakatnya untuk plot twist dan jalan cerita terakhir novelnya.

Dia banyak menerima surat dari peminat novel horrornya dan beberapa penulis mengirimi beberapa naskah buku dengan harapan dapat membantu mereka menerbitkan bukunya.

Sementara itu ,  Kuhn malah lebih senang mencuri idea dari penulis lain yang memberinya buku . 
Idea dari buku itu akan dimasukkan dalam bukunya sendiri . Dia tidak akan memberitahu dari mana idea itu berasal.

Kemudian untuk menyembunyikan pencuriannya , dia akan bersubahat dengan rakan-rakannya dalam industri penerbitan untuk memastikan penulis asli tidak akan dapat apa-apa dari yang diterbitkan.

Suatu hari ,  Kuhn mendapat senaskah buku melalui pos .  Sebuah bungkusan buku yang sangat cantik dibalut .  Dan itu ada adalah buku dari seorang penulis perempuan.

Dia membaca buku horror itu dari bab pertama ,  dan Kuhn dapat merasa bagaimana cerita ini akan berakhir.

Saat dia terus membaca ,  dia menjadi lebih dan lebih yakin bahawa dia dapat menyangka apa yang berlaku di bab terakhir  . Buku itu amatlah tebal namun dia akan membaca sehingga habis.

Ketika Khun tiba di bab terakhir ,  dia menyedari bahawa beberapa halaman terakhir buku ini terlekat antara satu sama lain . Tapi kerana ingin tahu ,  Kuhn menarik-narik halaman muka surat itu hingga terpisah .

Dia berasa letih tapi dia masih terus membaca 
Akhirnya ,  tiba di perenggan terakhir  .. itulah ,  itulah twist ending yang dia teka  .  Si suami telah mengantung dirinya sedangkan si isteri bunuh diri di bilik mandi.

Kuhn kemudian mencuri idea itu untuk novel horror yang bakal dia terbit nanti.

Saat itulah ,  dia melihat perkataan 'THE END' , ada nota dari penulis perempuan itu yang asli

:
Aku dah tahu bahawa kau akan merancang akan mengambil idea dari dalam cerita ini .  Aku tahu sebab kau sudah pun ambil salah satu buku aku dan mengambil idea itu untuk novel horor kau yang baru kau terbitkan . Idea dari cerita aku , kau buat atas nama kau dan tidak selitkan sedikit pun nama aku

Kau telah hancurkan karier aku di dunia industri .  Tidak ada seorang pun yang hendak menerima novel aku . Kau telah hancurkan hidup aku dan sekarang giliran untuk aku balas dendam

Kau perlu pisahkan halaman bermuka surat untuk membaca nota ni bukan?
Nah..halaman itu telah diletakkan racun berdebu yang sangat halus  , tidak dapat dilihat melalui mata kasar  yang dinamakan Arsenik .

Kau rasa lelah?  Itu normal , itu salah satu disebabkan racun Arsenik . Dan detak jantung kau akan melambat dan makin lambat sehingga tidak berfungsi lagi .  Jangan susah-susah untuk memanggil pihak hospital , sebab kau akan mati sebelum mereka datang

Kau telah menyentuh racun itu sudah lama ,  goodbye author Kuhn 

Beberapa twist ending memang susah hendak dibuat  , sekaligus meneka apa yang berlaku di perakhiran cerita

###

##

#

Thanks! KEPADA CREEPYLOVERS  YANG BACA BUKU CREEPYPASTA NI !   Gembira sangat sebab dapat Top #1 in Horror ! (180416)  Uwaaa! Gembira sangat!\(☆o☆)/

Thanks! KEPADA CREEPYLOVERS  YANG BACA BUKU CREEPYPASTA NI !   Gembira sangat sebab dapat Top #1 in Horror ! (180416)  Uwaaa! Gembira sangat!\(☆o☆)/

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Ouhya!  Happy 320k readers ! 💹


Dan tahniah juga kepada author putri_twb  , ff Creepypasta dia Top#1 in Fanfiction  , chukkahae!
Sila pergi baca cpypta dia 🆗❗

Dan tahniah juga kepada author putri_twb  , ff Creepypasta dia Top#1 in Fanfiction  , chukkahae! Sila pergi baca cpypta dia 🆗❗

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Sila baca juga ff baru saya 'Sticky Notes'

Sila baca juga ff baru saya 'Sticky Notes'

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

of course Abangtan castnya . Hero nya Park Jimin dan Heroinnya readers lah 🎶

[ YOUNG FOREVER ]

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt