104 ; Miror

18.8K 1.3K 162
                                    

****

By reader ; 

"Rumah ini telah dilengkapi dengan televisyen, peti sejuk, mesin basuh, katil, almari dan sebagainya. Awak boleh terus berpindah ke sini" seorang ejen hantanah sedang memujuk Sang-eun.

Oleh sebab tempat kerja Sang-eun telah berpindah ke kawasan yang terpencil, maka semua staf perlu mencari tempat tinggal baharu yang berhampiran dengan syarikat.

Kononnya, tapak baharu syarikat itu merupakan sebuah tempat perkuburan sebelum ini. Oleh itu, rakan sekerja Sang-eun lebih rela tinggal di kawasan bandar yang jauh walaupun terdapat sebuah pangsapuri lama yang berhampiran dengan syarikat.

Namun, rumah yang disyorkan oleh ejen hartanah itu kepada Sang-eun ialah salah sebuah unit di dalam pangsapuri lama di situ.

"Rumah ini bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai perabot dan perelatan eletrik, tetapi harga sewa juga murah. Sayanglah jika awak menolak" kata ejen hartanah itu.

Akhirnya, Sang-eun bersetuju untuk menyewa rumah itu.

Sang-eun amat berpuas hati dengan rumah baharunya. Semua perabot dan peralatan eletrik kelihatan baharu. Selain itu, terdapat sebuah cermin yang besar di dalam biliknya. Yang penting sekali, dia tidak perlu bergegas ke pejabat setiap pagi lagi.

Setiap hari, Sang-eun akan berdandan di hadapan cermin besar itu selepas bersarapan.

'Peliknya' Sang-eun mendapati bayang dirinya di dalam cermin besar itu amat asing sekali ketika sedang memilih pakaian.

'Mungkin solekan aku terlalu menonjol' fikir Sang-eun.

Beberapa hari kemudian, Sang-eun menyapu krim pelembap di hadapan cermin besar itu selepas mandi.

Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu yang pelik pada bayangan wajahnya di cermin.

'Eh! Mengapa ada sebiji tahi lalat di sebelah bawah mata kanan aku?'

Sang-eun berasa terkejut kerana mukanya tidak ada tahi lalat selama ini.

'Adakah itu kotoran?'

Sang-eun mengangkat tangan kanan untuk mengelap cermin itu. Akan tetapi bayangannya telah mengangkat tangan kiri.

'Ah!'

Sang-eun menggigil ketakutan. Dia mencapai telefon bimbitnya dan berlari meninggalkan rumah itu dengan serta merta.

Kebetulan pada masa itu, lif sudah tiba. Sang-eun meluru masuk ke dalam lif sebaik-baik sahaja pintu lif terbuka. Dia menekan butang nombor satu lalu menelefon kawannya, Myung-hee.

"Myung-hee, saya sangat takut" suara Sang-eun menggeletar.

"Apakah yang terjadi?"

Myung-hee terkejut mendengar suara cemas Sang-eun.

"Cermin... di rumah saya..."

Tiba-tiba, Sang-eun tergamam apabila ternampak bayangannya di dalam cermin lif yang sedang memegang telefon dengan tangan yang bertentangan.

"Sang-eun! Sang-eun! Apakah yang telah berlaku?" Jeritan Myung-hee yang penuh kerisauan kedengaran di hujung talian.

"Saya....saya...." Sang-eun tidak mampu bercakap kerana masih dalam ketakutan.

"Ah!" Bayangan Sang-eun bersuara lalu mengeluarkan bunyi tawa yang seram.

"Alamak tersilap pula!"

Bayangan Sang-eun mengalihkan telefon bimbitnya ke tangan yang satu lagi.

"Nampaknya, awak telah mengetahuinya"

Pada keesokan  harinya, Sang-eun pergi bekerja seperti biasa.

Myung-hee terus bertanya kepada Sang-eun tentang peristiwa semalam sebaik-baik sahaja dia tiba di pejabat. Wajah Sang-eun kelihatan tenang semasa menjawab soalan Myung-hee.

Sebenarnya, Myung-hee tidak menyedari bahawa satu tahi lalat telah muncul di sebelah bawah mata kanan Sang-eun.

###

##

#

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now