96 ; I Know

18K 1.4K 84
                                    

***

Seorang budak berusia 10 tahun sedang tidur di atas katilnya seperti biasa dia akan mendengar derapan tapak kaki di luar biliknya.

Saat itu di tengah malam dan kerana ingin tahu ,  dia mengintip melalui lubang kunci untuk melihat apa yang terjadi.

Namun dia melihat sesuatu yang mengerikan . Ade seorang pembunuh dengan tangan berlumuran darah sedang menggendong mayat ayahnya menuruni tangga .  Lalu pembunuh itu naik kembali untuk menggendong mayat kedua , mayat ibunya.

Pembunuh itu naik lagi ,  kerana ketakutan budak itu naik ke atas katilnya. Namun sebelumnya ia sempat melihat si pembunuh menulis sesuatu tepat di luar dinding biliknya. 

Bunyi pintu dibuka memecahkan keheningan malam. Pembunuh itu berjalan dengan langkah perlahan masuk ke dalam bilik budak itu.

Tanpa bersuara ,  pembunuh itu bersembunyi di bawah katil budak itu  dan membiarkan pintu bilik budak itu terbuka.

Budka itu memejamkan matanya ketakutan setengah mati .  Dia cuba berpura-pura tidur .  Sebagai budak berusia 10 tahun hanya hal itu yang terlintas di fikirannya .  Ia berharap agar pembunuh itu segera pergi.

Budak itu dapat mendengar desahan nafas kasar pembunuh itu yang berada di bawah tempat tidurnya . Budak itu cuba untuk membuka matanya sedikit.

Dengan pintu biliknya yang terbuka luas .  Dia dapat membaca apa yang ditulis pembunuh itu ,  dengan darah mayat kedua ibu bapanya.

"AKU TAHU KAU SUDAH BANGUN"

###

##

#

Vote[√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now