54 ; Have U Seen My Son?

21.7K 2K 285
                                    

***

"Kamu ada lihat anak saya?" Seorang wanita bertanya dengan panik dan cemas pada seorang gadis yang melintasinya  , anak lelakinya itu bernama Ken.

"Maaf..saya tak pernah lihat" balas gadis itu dengan hiba.

"Kamu ade lihat anak saya?"  Dia kemudian bertanya pada seorang polis dengan nada ketakutan.

"Tidak cik , kami tidak melihatnya tapi jangan risau kami segera akan mencarinya" polis itu segera memaklumkan kepada anggotanya yang lain

"Tolong.. tolong bagitau di mana anak saya?.." tanya kepada jiran rumahnya

"Maaf,  kami belum melihatnya" jawab si jiran dengan kasihan

Wanita itu mencari di seluruh penjuru jalan sambil menjerit dan menangis "di mana anak saya!!"
Ia terus menangis dan meremas rambutnya dengan berputus asa

Semua orang di tempat tinggalnya berusaha menolong wanita itu dengan membantu untuk mencari anaknya ,  namun itu sia-sia kerana mereka tidak juga menjumpainya

"KEN ! MANA KAMU?! IBY MERAYU TOLONG MUNCUL!"

Dua minggu selepas itu ,  wanita itu terus-menerus mencari Ken.  Jiran berdekatan dengan rumahnya berasa kesian dan mula menganggap perempuan itu telah pun gila kerana kehilangan anaknya

Dia akhirnya pergi ke balai polis.

"Adakah kamu telah jumpa anak saya?" Soalnya dengan tangisan

"Maaf cik.."

Wanita itu berjalan ke rumahnya dengan langkah yang lemah,  namun sampai sahaja di rumahnya dia segera menutup pintu dan tersenyum menyeringai

"Bermaksud aku sembunyikan mayatnya dengan baik sekali.."

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now