138 ; Street Lights

17K 1.2K 331
                                    

"Lampu Jalan"

***

Aku mempunyai seorang sahabat baik , namanya Solar. Kami pergi ke sekolah bersama dan bermain bersama. Tapi pada suatu hari , Solar tidak hadir ke sekolah buat beberapa hari. Aku tidak melihatnya berminggu-minggu. Ada gosip yang memberitahu bahawa Solar ada masalah dengan gangguan saraf.

Suatu malam , ketika keluarga aku tiada di rumah. Ada seseorang mengetuk pintu rumahku , dan ternyata itu Solar. Matanya kelihatan sayu dan merah. Dia kelihatan gugup , dia terus memandang sekeliling dan belakangnya beberapa kali.

"Aku perlu bercakap dengan kau"  kata Solar.

Aku mengajak dia masuk ke dalam rumah dan dia duduk di sofa. Seperti ada sesuatu yang mengganggunya. Dia menggigil dan kakinya bergetar.

"Kau okay tak ni?" Soal ku

"Keluarga aku kata aku gila" katanya "semua orang kata aku gila , bahkan aku sendiri rasa yang aku ni betul-betul gila"

"Kau tak gila lah" kata ku pelik.

Solar ketawa hambar "tengok keluar tingkap" katanya.

Aku menuruti apa yang dia suruh , jadi aku menolak langsir dan mengintip keluar tingkap.

"Apa yang kau boleh tengok?" Soalnya.

"Aku tengok ada beberapa buah rumah...beberapa kenderaan dan beberapa lampu jalan.."

"Tepat!" Katanya "dan kau ada nampak benda yang pelik?"

"Uh..Tak"

"Kau nampak lampu-lampu jalan?" Tanyanya. "Lampu jalan tu sepatutnya perlu menyala. Tapi semua tak bercahaya. Kau tahu siapa yang buat semua tu?" Soalnya lagi.

"Tak..Aku tak tahu"

Solar mendekatkan mulutnya ke telinga ku , lalu berbisik dengan suara yang rendah , "The Thin Man"

"Apa?" Pelik ku

"Aku ada dengar rumor tentang dia sebelum ni" kata Solar

Lalu dia menyambung , " mulanya aku fikir kalau itu hanya urban legend , tapi tak. Ternyata The Thin Man tu betul-betul wujud , dia bencikan lampu jalan. Dia tampak macam lelaki normal pada awalnya , tapi bila dia meninggikan badannya.. dia jadi tinggi dan betul-betul tipis. Dia berpakaian kelabu sama macam lampu jalan. Dia bersembunyi di belakang lampu jalan bila hari mula gelap dan lampu jalan tak bernyala. Kau bahkan mungkin tak akan tahu kalau dia ada di sana..."

"Macamana kau boleh tahu semua ni?" Soal ku

"Aku dah nampak dia" jawab Solar dengan perlahan.

"B-bila?"

"Beberapa minggu lalu. Aku pergi ambil bola adik aku yang dia sepak sehingga masuk ke dalam semak. Aku pergi ambil bola tu dan saat itulah aku tengok dia. Dia seperti manusia biasa , berdiri di tepi jalan. Sempat dia berpaling sekeliling berfikir tidak ada orang disitu. Dan dia macam..meninggikan badan dia.

Dia berubah jadi sesuatu yang tinggi dan kurus. Dia bersembunyi di balik lampu jalan. Tiba-tiba aku dengar bunyi 'klik' dan lampu tiba-tiba padam. Lalu dia berjalan ke lampu satu lagi yang masih menyala lalu 'klik' , lampu jalan tu padam. Dia buat macam tu pada lampu yang ada di sekitar jalan tu 'klik' 'klik' 'klik' dan semua lampu padam

Setelah semua lampu tu padam , saat itulah dia tengok aku. Dia memandang aku , aku lantas berlari jauh dari situ dan mengheret adik aku masuk ke dalam rumah dan kunci pintu. Aku berfikir kalau makhluk tu hanya muncul pada waktu malam jadi tu membuatkan aku kurang takut. Tidak ada yang percaya , ommaappa aku bawa aku pergi jumpa doktor pakar tadi dia juga tak percaya. Kau percayakan aku kan?"

"Tentu" berusaha membuatkan dia gembira. "Aku percaya"

"Tak , tak.." kata Solar dengan kecewa. "Aku tahu kau tak percaya , tapi aku dah peringatkan kau. Walau apapun yang terjadi , kau tetap kawan baik aku"

Dan dengan itu , Solar bangun berjalan keluar sambil mengucapkan selamat tinggal. Di depan pintu , dia melihat sekeliling memastikan disekitarnya selamat. Aku melihat dia berjalan dalam gelap sehinggalah bayangnya tiada , aku masuk ke dalam rumah.

Aku berasa begitu sedih. Aku sedih sebab melihat Solar seperti separuh gila. Tapi sepertinya aku yang salah , aku mendapat berita keesokan paginya Solar ditemukan oleh pihak polis. Dia dijumpa seperti badannya diregangkan dengan kuat sehingga perutnya terkeluar dan tulang dalam badannya patah kesemua.

Sejak aku mendengar berita itu , aku tidak berhenti berfikir hal-hal gila yang diberi tahu oleh Solar. Aku gugup setiap hari apabila berjalan melintasi lampu jalan , sesekali aku memandang ke belakang.

Pagi ini , ketika aku berjalan menuju ke sekolah. Aku mengira lampu jalan di samping jalan raya. Ketika aku balik dari sekolah pada waktu malam , aku mengira lagi.

Lampu jalannya telah bertambah satu.

***

Q; cerita mana yang paling korang suka dalam Creepypasta ni ;) ?

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now