164 ; Painting

14.4K 1.1K 70
                                    

***

Tengahhari ini matahari bersinar terik. Rei hanya duduk di kerusi kelasnya. Wajahnya kelihatan muram dan sedih.

Dia betul-betul tidak sangka kalau sahabatnya sendiri sanggup merebut kekasihnya.

Dua bulan lalu, Rei baru sahaja berkenalan dengan seorang lelaki dari kelas lain yang bernama Jake. Jake sangat tertarik dengan lukisan yang dibuat Rei dan dipamerkan di majalah dinding sekolah. Tidak perlu waktu yang lama , mereka mula menjalinkan hubungan istimewa.

Namun hubungan itu tidak kekal seperti yang diharapkan.

Seorang kawan dekat Rei yang bernama Alice juga menunjukkan ketertarikkan pada Jake. Tanpa disangka , Jake sangat mudah berpaling dari Rei.

Rei segera meminta penjelasan dari mereka berdua namun apa yang dia dapat hanya kata kasar dan cacian. Sekarang Rei hanya dapat menangis dan diam di dalam kelas. Seluruh lukisan yang dilukisnya tadi turut menunjukkan suasana hatinya saat ini.

Keesokan harinya, Rei tidak dapat ke sekolah sehingga beberapa minggu kedepan. Menurut jiran perumahan Rei, Rei ternyata mengalami gangguan mental dan Rei perlu menjalani rawatan mental. Namun sebulan kemudian, Rei sudah sihat dan menuju ke sekolah balik. Tapi wajahnya lebih pucat daripada biasa. Dia ke sekolah datang untuk menjumpai Jake dan Alice.

"Rei , kenapa muka kau pucat sangat?" Soal Jake setengah terkejut.

Rei hanya menggeleng sambil tersenyum, lalu dia memberikan dua bungkusan besar kepada Jake dan Alice.

"Ni untuk aku?" Soal Alice

"Iya , ni untuk korang berdua. Semoga korang berdua kekal bahagia"

Jake lantas membuka bungkusan itu dan ternyata itu adalah sebuah lukisan. Yang menggambarkan sepasang manusia duduk di taman , tapi mereka berdua tidak mempunyai wajah.

"Rei, lukisan ni memang cantik, tapi mana mukanya?" soal Alice

Rei hanya menggeleng sambil tersenyum lalu berlalu pergi.

"Hei, kau nak pergi mana? Tapi terima kasih atas hadiah ni!" jerit Jake apabila Rei hanya diam dan berlalu pergi.

Malam itu , Jake menggantung lukisan itu di biliknya dan pergi tidur.

Beberapa jam kemudian , tanpa Jake sedari. Ada sesuatu yang pelik berlaku di lukisan itu, dengan perlahan timbul wajah di muka kedua pasangan itu dan wajah itu sama dengan wajah Jake dan Alice.

Pagi itu, ibu Jake merasa geram apabila Jake tak turun dari biliknya untuk bersarapan. Jadi dia memutuskan untuk masuk ke dalam bilik anaknya itu.

Apabila menjejak kaki ke dalam bilik Jake, dia menjerit kerana melihat muka anaknya kosong dan hanya mempunyai kulit pucat. Dan itu juga terjadi kepada Alice yang turut menggantung lukisan itu.

Lalu lukisan yang digantung itu sudahpun sempurna wajahnya. Wajah Jake dan Alice kelihatan tersenyum bahagia di dalam lukisan itu.

Rakan sekelas Jake sepakat untuk menuju ke ruang Rei esok kerana lukisan itu adalah hadiah dari Rei.

Sesampai di rumah yang dituju , mereka mendapati bahawa rumah Rei kosong. Lalu Rakan sekelas Jake menanyakan hal itu kepada seorang jiran Rei yang terdekat.

"Oh, keluarga itu. Keluarga itu dah berpindah sebulan yang lalu untuk melupakan peristiwa tragis yang menimpa mereka." Jawab jiran Rei.

"Maaf cik, boleh tak bagitau kami apa yang terjadi pada keluarga itu?"

"Anak perempuan tungga mereka yang bernama Rei mati kerana gantung diri di biliknya seminggu sebelumnya. Kalau tak salah mungkin ni sebab kecewa dalam percintaan. Ah, korang pun tahu kan remaja sekarang. Oh ya, padahal Rei waktu tu sedang menjalani terapi mental."

The End

Vote [/]
Comment [/]

lelepons-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now