23 ; Turn Off Light

29K 2.4K 130
                                    

Ada dua orang perempuan bernama Elena dan Liya  yang sudah lama bersahabat dan mereka adalah rakan sebilik di sebuah asrama sekolah.

Suatu malam , mereka berdua bercadang hendak mengulang kaji pelajaran kerana esoknya ada ujian di sekolah.

Jam menunjukkan pukul 12 malam , Liya  tiba'2 menguap menandakan dia sudah mengantuk , Liya  memutuskan untuk masuk ke bilik terlebih dahulu.

Manakala Elena masih lagi mengulangkaji , dia akan masuk ke bilik setelah selesai belajar.

Tiba'2 Elena  memerlukan buku fiziknya tetapi bukunya berada di dalam biliknya , Elena perlukan buku itu sekarang.

Kerana dia tidak mahu menganggu Liya  yang sudah tidur , dia masuk ke dalam bilik tanpa membuka lampu.

Dia mula menggeledah barang di meja dan di atas katil mencari bukunya di dalam keadaan gelap
Di saat itu , Elena berasa suara hembusan nafas yang berat.

Elena  ketakutan lalu memanggil nama Liya, namun tiada jawapan.

Kemudian dia melihat kelibat bayang'2 di tempat tidurnya , siapa dia ? Adakah itu Liya ? Elena  bersuara perlahan.

"Boleh aku buka lampu?"

Tiada jawapan.

Elena mula tidak berpuas hati , kali ini dia bersuara dengan sedikit kuat.

"Boleh tak aku nak buka lampu? Aku perlu cari sesuatu"

Liya  masih juga tidak bersuara.

Elena  mengeluh lalu dia menyambung mencari buku nya , akhirnya dia jumpa buku yang dia nak.

Elena  mengulang kaji sampai dia terlelap di meja.
Keesokan paginya , Elena terbangun dan dia lantas bangun mengambil tualanya di tepi pintu.

Dia menyedari bahwa Liya  masih belum bangun , Elena  mula risau kalau Liya sakit , Elena  mengetuk pintu bilik Liya.

Tiada jawapan.

Elena terlalu risau dan dia lantas masuk ke dalam bilik dalam keadaan gelap.

Tiba'2 sahaja dia terbau benda busuk yang menusuk masuk ke dalam hidungnya , bulu romanya tegak berdiri.

Dengan cepat tangan Elena  menekan suis lampu , keadaan di dalam bilik cerah dan dia melihat satu pemandangan yang mengerikan.

Liya terbaring di katil dengan badanya bermandikan darah , Liya  telah dibunuh.

Elena  menjerit kuat dan dia membaca satu tulisan berdarah di dinding bilik itu.

"Bukannya kau lega tidak menyalakan lampu?"

***The End

Keterangan;  time Elena  masuk dalam biliknya , ade seorang pembunuh didalam bilik tu kebetulan bilik tu gelap ,  masa Elena nak cari buku dia,  dia ada tanya boleh tak nak buka lampu? Tapi tiada jawapan sebab Liya dah mati  , takkan lah pembunuh tu pulak nak jawab?  Lol. Jadi nasib baiklah Elena  tak buka lampu.. kalau dia buka mesti dengan dia  sekali kena bunuh.

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now