9 ; The Sound

34.8K 2.7K 292
                                    

***

Aku adalah seorang remaja yang minat berkaitan hantu dan paranormal , aku selalu follow berpuluh-puluh fanpage yang mempunyai cerita seram.

Dan seperti biasa , malam itu aku sedang bermain laptopku , membuka fanpage demi fanpage sambil itu aku membalas chatku dengan salah sorang temanku.

Hingga akhirnya aku jumpa sesuatu.

Satu file suara yang di upload di salah satu fanpage Creepypasta yang kurang aktif dan boleh di kira follower yang kurang.

File tersebut di namakan "The Sound" , durasinya hanya 3 minit , aku lansung tertarik dan chat dari temanku sudah terabai.

Aku curiga ... ni pasti hebat.

Tanpa buang masa, aku lansung mengambil headphone di meja lalu memakainya , aku mematikan lampu bilik supaya bertambah aura seram.

Aku menekapkan headphone di telinga dan menekan file suara itu sambil membalas chat rakanku melalui handphone.

Awalnya hanya sebuah kesunyian , aku tak dapat dengar apa-apa. Bunyi pertambahan bunyi ngeri mula keluar , bunyi lain mula masuk.

Aku menganggap itu seperti bunyi sesuatu di seret tapi aku yakin..itu kedengaran seperti kaki diseret.

Beberapa saat kemudian , bunyi kaki diseret itu kuat kedengaran , seiringan dengan bunyi lain masuk..itu suara rintihan seorang perempuan!GILA..GILA! Siapa yang diciptakan sound ini dia betul-betul komposer yang hebat!.

Suara rintihan dan kaki diseret itu semakin kuat ...semakin dekat dan diakhiri dengan bunyi pintu ditutup perlahan . Bersamaan selesai chat aku dengan rakanku.

Segera aku buang headphone di kepala dan meletakkan di atas katil.

Aku memandang screen laptop dan saat itulah aku terkejut..

Bahawa file "The Sound" masih buffer..sejak saat pertama lagi , baiklah jadi file yang aku tekan tadi tidak berjalan sedikit pun.

Dan suara tadi bukan berasal dari laptopku

***The End

Vote&Comment

Scaryforkids-

-editing

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now