25 ; Chat

29.7K 2.5K 320
                                    

Hai , nama ku Rosell .
Saat itu adalah malam jumaat , seperti biasa aku akan ber-chat dengan rakan ku Selena pada chat room via WhatsApp.

Dia bagitau pada ku yang ibu dan ayahnya sedang keluar rumah jadi dia boleh hendak berjaga sehingga jam berapa.

Kami hanya ber-chat untuk beberapa jam dan tiba'2 ibuku mengetuk pintu bilik dan menyuruh ku untuk tidur.

Sebelum aku menutup data , aku bertanya pada Selena dia ada aktiviti apa esok . Tapi dia tidak membalas untuk sementara waktu , sampai akhirnya ...

Selena is typing..

Tapi hanya blank saja , tidak ade chat yang dihantarnya

Selena is typing..

Tidak ade lagi

Rosell : apa pun yang kau nak sent , sentlah..Aku nak masuk tidur dulu .. jumpa esok

Aku menutup data dan berfikir , hal tu memang pelik .. tiada chat masuk dan Selena hanya typing je.

***

Sampai esoknya , tiada apa'2 berita dari Selena
Aku membuka data dan ade pesanan dari dia , dia meminta maaf kerana dia tidak membalas chat itu kerana dia sibuk.

Kami hanya berbual pendek dan Selena kata dia nak datang ke rumah ku kerana ade satu hal yang penting
Itu tidak masalah tapi kenape dia tak nak tunggu ibu dan ayahnya dulu yang turut akan datang ?

Selena berkeras , katanya tidak ade masa lagi , dia harus datang dengan segera untuk tunjukkan sesuatu , katanya lalu lalu offline.

Aku rasa itu bukan sikapnya yang dulu , sebab Selena akan mendahulukan keluarganya dahulu , dan aku hairan apa yang dia nak tunjukkan pada ku.

Aku harap dia datang secepat mungkin kerana tempat tinggal aku ngan Selena hanya mengambil masa 20 minit , tiba'2 ade panggilan masuk dan aku mula rasa terganggu.

Aku mencheck handphoneku dan ternyata itu adalah panggilan dari ayah Selena.
Dalam percakapan dalam handphone itu..

Ayah Selena bertanya akan aku tentang Selena , dan aku mengatakan bahawa jangan risau , aku baru sahaja selesai chat dengan Selena dan dia dalam perjalanan ke mari.

Ayah Selena diam sejenak dan tiba'2 kedengaran jeritan ibu Selena.
Ayah Selena menarik nafas dalam'2 dan dia kemudian bagitau aku perkataan yang tidak pernah aku lupa.

"Keluar dari rumah sekarang!! Selena ade kat sini! Dia dah mati!!"

Ternyata Selena telah dibunuh di dalam biliknya , aku terkejut malah tidak dapat bergerak , aku mematikan panggilan .. dan aku berada di rumah sendirian.

Kedengaran pintu utama di buka seseorang ..

Satu hal terlintas dalam fikiran aku , iaitu menyorok di bawah katil! Ya!
Aku masuk ke bawah katil dan bersembunyi di situ , pintu bilik ku dibuka seseorang dan derapan tapak kaki kedengaran perlahan namun tapak kaki itu seolah-olah berat.

Aku menutup muka ku dengan tangan , tidak berani melihat tetapi kemudian aku memberanikan diri melihat melalui celah'2 jari.

Aku sesak nafas .. kelihatan sesuatu putih pucat , dingin , dan berkaki masuk ke dalam bilik ku dengan gerakan lambat . Sesaat kemudian dia mendekati tempat tidur ku , hatiku berdebar sangat kuat dan menahan nafas.

Tidak pernah seumur hidupku merasa takut sebegini , tiba'2 handphone di tangan ku berbunyi kuat itu adalah chat .

Handphone yang berada di tangan ku , aku membaca..

Selena : Mana kau..?

Aku menitiskan air mata

Dan kaki putih itu berhenti tepat di tempat ku

Dengan perlahan dia menunduk .. Aku menutup mata serapat yang boleh dan kemudian ..

Keadaan hening , senyap dan terasa tiada pergerakan

Aku membuka mata ku perlahan dan jantung ku berhenti berdegup

Selena berbaring di sebelah ku , dia memandang ku dengan pandangan sayu..terbit rasa kesian ku pada nya

Tangannya memeluk tubuh ku seperti tidak ingin melepaskan nya .. pelukannya amat lah sejuk

Dahi nya tersentuh dahi ku dan dia memejam kan matanya lalu bersuara

"Selamat tinggal Rosell .."

Air mata ku mengalir lalu sekelip mata sahaja bayangan sudah tiada di hadapan ku

***

Hello Creepylovers , jangan marah saya sebab sampai situ je , huhu.

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now