61 ; Do You Want Some Pizza??

21.9K 1.7K 208
                                    

***

Seorang lelaki muda bernama Sehun sedang merantau di Kota Gangnam untuk mencari perkerjaan lalu dia menetap di sebuah apartmen

Waktu malam itu ,  Sehun sedang bersenang lenang di atas sofa sambil menonton tv lalu di dikejutkan dengan bunyi hentakan kaki di tingkat atas dan suara ketawa kanak-kanak ,  Sehun berfikir kenapa pada malam-malam macam ni bebudak tu belum tidur

Ke-esokkan malam nya , di waktu yang sama Sehun terdengar juga bunyi kanak-kanak ketawa kali ini terdengar seperti dua orang kanak'2 sedang berlarian seperti bermain

Sehun pada waktu itu malas hendak memasak dan lantas dia memesan pizza untuk dihantar di bilik apartmen nya ,  setelah pizza itu sampai
Sehun terus menikmati pizza itu sehingga kenyang

Namun ,  dia menyedari bahawa ade satu lagi kotak pizza yang berlebih kerana dia telah memesan dua kotak ,  Sehun teringat akan kanak-kanak yang berada di tingkat atas 
Akhirnya Sehun berniat memberikan sekotak pizza kepad mereka

Sehun yang baru duduk beberapa hari belum lagi mengenali jirannya yang lain.
Sampai sahaja di tingkat dua Sehun terus menuju ke bilik yang berada di atas biliknya. Lalu Sehun mengetuk pintu

Knock knock

Tidak ada jawapan

Knock knock

Sama sahaja , beberapa saat berlalu kedengaran bunyi dari dalam seperti tanda pintu akan dibuka ,  pintu terbuka dengan perlahan

"Maaf kan saya"  sapa Sehun ramah

"Siapa..?" Akhirnya bunyi suara perlahan di balik pintu  , suara seorang wanita

Sehun pun memberitahu bahawa di tinggal di tingkat bawah dan mengatakan bahawa dia ade membawa sekotak pizza lebih untuk diberi

Akhirnya pintu itu terbuka sedikit demi sedikit dan Sehun memandang sekilas wajah yang berada di celah pintu yang hanya terbuka setengah meter

Tidak ada cahaya yang keluar dari bilik itu . Semuanya gelap seperti lampu tidak langsung dipasang

Wanita itu terus memandang Sehun dengan tatapan kosong ,  Sehun juga tidak bersuara

"Terima kasih.. tapi kami rasa tak perlu" kata wanita itu menolak

Dengan perlahan dia menutup pintu sambil menatap Sehun namun dengan refleks Sehun menahan celah pintu dengan tangannya

"Mu-mungkin anak puan nak" kata Sehun sambil tangannya masih menahan pintu

Setelah Sehun bersuara ,  tiba-tiba sahaja muncul dua wajah yang datang dari kegelepan  . Kedua wajah kanak-kanak itu menatap Sehun
Kini ada tiga wajah yang menatapnya sayu

"Bagi saja pada mereka" kata wanita itu 
Sehun terus menghulur sekotak pizza itu di celah pintu dan ntah tangan siapa yang menarik menerima pemberian Sehun

Sehun terdiam 

Dan ketiga-tiga wajah itu masih menatapnya
Tanpa bersuara perlahan-lahan pintu tertutup sampai akhirnya rapat  , dan Sehun pun pergi

Seperti ada sesuatu

Sesuatu yang mengganggu nya  , Sehun dari tadi merasa bulu romanya meremang 
Ade satu hal yang tidak kena ,  bayangan ketiga wajah tadi masih terlekat di minda nya
Wajah yang tersusun hingga ke bawah

Sehun berjalan menuju ke tangga dan menuruni tangga sambil itu dia bercakap berkali-kali

"Tiga muka ,  segaris lurus "

"Tiga muka ,  segaris lurus "

"Tiga muka ,  segaris lurus "

"Muka-muka tu.."

Kini langkah mulai cepat

"Ada yang tidak kene dengan muka-muka tu"

"Tidak mungkin ade manusia seperti tu"

Sehun masuk ke dalam biiknya lalu segera menelefon polis dan menjelaskan apa yang berlaku dan apa yang dilihatnya

Beberapa puluh minit kemudian,  pihak polis datang dan menuju ke bilik yang di bagitau Sehun dan pihak polis menjumpai..

Mayat seorang wanita dan dua kanak-kanak terbaring di atas lantai bilik mandi

Kepala mereka hilang akibat di potong oleh gergaji tajam

Pihak polis mengesyaki bahawa suami wanita itu adalah pelakunya

Satu lagi hak yang ditemukan pihak polis

Iaitu sekotak pizza yang belum lagi disentuh berada di atas meja

***the end

Biasa je cerita ni 彡

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin