145 ; Mystery Of Hello Kitty Story

16.1K 1.2K 181
                                    

Suggest by;


Hello Kitty - Patung Hello Kitty hampir semua orang kenal iaitu karekter kucing berbulu putih dengan badan yang pendek , mampu sahaja membuat semua orang jatuh cinta pada kecomelannya. Namun disebalik rupa comel karakter kucing perempuan itu , ada satu bahagian yang mempunyai kisah seram di sebaliknya. Lagenda menyatakan bahawa Hello Kitty pada pertama kali dibuat ialah pada tahun 1970 , oleh seorang ibu muda di Jepan.

Namun ada satu lagi ciri khas Hello Kitty yang special dan menimbulkan tanda tanya. Kenapa Hello Kitty tidak mempunyai mulut? Berikut kisah urban legend berasal dari Jepan akan memberitahu kenapa Hello Kitty tidak mempunyai mulut.

Menurut lagenda Hello Kitty , Hello Kitty dicipta pada tahun 1970 oleh seorang perempuan yang memiliki seorang anak perempuan yang berumur 14 tahun , dan anaknya itu menghidap penyakit kanser mulut. Doktor memberitahu kepada ibu muda itu bahawa kondisi anaknya sudah sangat teruk. Mereka tidak dapat menjumpai ubat dan tidak ada yang dapat mereka lakukan untuk menolongnya.

Tetapi ibu muda itu tidak akan melepaskan harapan yang ada. Dia mengunjungi setiap gereja untuk berdoa demi kesihatan anaknya. Ketika semuanya tidak berjaya , dia berputus asa. Ibu muda itu yang terlalu kecewa mula terlibat dalam ritual supernatural dan membuat perjanjian dengan syaitan.

Untuk menghilangkan kanser mulut anaknya , syaitan meminta satu bayaran. Ibu muda itu perlu menciptakan satu karakter yang dapat menarik perhatian kanak-kanak diseluruh dunia. Syaitan itu ingin menggunakan populariti karakter kartun tersebut untuk menjaringkan mereka ke dalam penyembahan syaitan.

Ketika anaknya mula sembuh dari penyakitnya , ibu muda itu berusaha untuk menepati janjinya. Sesuai dengan bentuknya , Hello Kitty dibuat tidak mempunyai mulut kerana hal itu akan mengingatkannya pada anak perempuannya yang pernah menghidap kanser mulut.

Setelah itu , sesiapapun yang membeli patung atau aksesori lain dengan bentuk Hello Kitty , bererti dia akan mempersilakan syaitan masuk ke dalam rumah dan patung itu. Kini para pemujaan syaitan di seluruh dunia menggunakan Hello Kitty sebagai satu simbol rahsia dan sesetengah mereka membuat tattoo Hello Kitty pada tubuhnya. Pemujaan syaitan itu membuatkan dirinya sebagai 'anak perempuan syaitan'

***

Act , tak tahu betul ke tak sebab banyak jenis tapi yang saya search website ni yang ada di atas sekali.

Trimas untuk cadangan dari Arvellia

Vote [/]
Comment [/]

lelepons-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now