113 ; Red Button

17.5K 1.4K 159
                                    

***

suatu petang dua pasangan suami isteri sedang berehat di ruang tamu rumahnya lalu mereka terdengar ketukan pintu.

Ketika mereka membuka pintu ,  kelihatan seorang lelaki aneh berdiri di ambang pintu ,  berpakaian sut hitam dan beg bimbit.

"Boleh anda luangkan masa anda sedikit untuk saya?" kata lelaki itu.

Mereka menganggap bahawa lelaki itu adalah salesman jadi mereka mempersilakan masuk
Lelaki itu meletakkan beg bimbit nya di atas meja lalu mengeluarkan sesuatu di dalamnya .

Sebuah kotak yang mempunyai tombol bewarna merah .  Dia menyerahkan kotak itu kepada si suami.

"Hari ni beruntung anda" kata lelaki itu  "anda memiliki kesempatan itu menjadi kaya raya dalam sekelip mata"

"Jika anda menekan tombol ini ,  anda akan menerima 1juta dengan tunai.  Hanya ada satu hal yang anda perlu tahu ,  seseorang yang anda tidak kenal akan mati"

Sambil berkata lelaki itu membuka luas beg bimbit nya dan di dalamnya terdapat tompokan duit yang banyak.

Lelaki itu mengatakan bahawa dia akan meninggalkan kotak itu di sini dan kembali pada keesokkan harinya.

Setelah lelaki itu pergi ,  mereka berunding beberapa jam lamanya   . Akhirnya mereka memutuskan untuk menekan tombol itu  , setelah menekan ternyata tiada apa-apa yang terjadi.

Keesokan harinya ,  lelaki itu kembali .  Dia mengambil kotak itu dan menukar kepada  wang berjumlah 1 juta tunai.

Sebelum lelaki itu pergi ,  si suami bertanya "apakah ada seseorang yang akan mati?"

"Semestinya" kata lelaki itu  "itu terjadi tadi malam .  Di tempat yang sangat jauh ,  seseorng yang tidak anda kenal telah mati.

Mereka mula rasa bersalah.

"Satu pertanyaan lagi " kata si suami.

"Ya , apa yang anda ingin tahu?" Soal lelaki itu.

"Apa yang anda akan lakukan dengan kotak itu sekarang?" Soal si suami.

Lelaki itu tersenyum lalu berkata "saya akan menawarkan nya kepada seseorang yang tidak mengenali anda"

###

##

#

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now