177; Hantu Galah ft Busut

13.2K 922 109
                                    

***

Kisah ini pula berlaku pada seorang kenalan saya di Melaka. Namanya Abd. Rahman dan terjadi pada pertengahan 1981. Waktu itu sudah jam 1.30 pagi, Rahman menunggang basikal chopper seorang diri dari kediaman rasmi Gabenor Melaka, Tuan Yang Terutama Syed Zahirudin Syed Hassan di Bandar Hilir, Melaka, menuju ke rumahnya di Kampung Seberang Anak Air.

Tugasnya sebagai pelayan di situ biasanya selesai selepas makan malam, namun malam itu ada rombongan anak-anak yatim datang sebagai tetamu. Jam 12.40 malam barulah majlis selesai.

Kawan-kawan mencadangkan Rahman tidur sahaja di situ, tetapi Rahman lebih suka tidur di rumah sendiri. Baginya tidur bersama anak-anak dan isteri lebih membahagiakan.

Sudah nasib Rahman, hujan yang turun sejak jam 12.00 malam itu masih belum teduh. Masih lagi renyai menitis membasahi bumi. Mahu tak mahu terpaksalah Rahman berbasikal dalam gelap dan dibasahi air hujan, menyusuri jalan yang sunyi, hinggalah sampai di sebatang jalan merah tiga kilometer dari rumahnya.

Dengan bantuan cahaya lampu basikalnya yang samar-samar, Rahman melihat ada sesuatu di hadapannya. Pantas dia menarik brek dan melihat dengan lebih teliti. Bentuknya seperti manusia, punya kaki, badan dan tangan, tetapi tingginya lebih 10 meter. Lebih tinggi daripada pokok kelapa.

Lembaga hitam itu berdiri tercegat, kakinya dikangkang merentangi jalan. Rahman mengaku, ketika itu dia memang takut. Maklumlah, sepanjang hayat belum pernah dia mengalami situasi ini.

Dia membaca ayat-ayat suci al-quran, tetapi lembaga hitam itu tetap tidak berganjak. Seolah-olah ayat al-quran itu tidak memberi sebarang kesan.

Bayangkan, hanya Rahman seorang diri. Gelap dah sejuk. Kalau 'benda' di hadapannya ini bertindak jahat kepadanya, dimana dia hendak lari?

Namun, cerita Rahman lagi, apabila lama menanti dan lembaga itu masih enggan beredar, perasaan takutnya mula hilang lalu diganti dengan perasaan sedih

Manakan tidak sedih, dia sudah keluar bekerja sejak jam 6.00 pagi lagi, pulang pada waktu malam dinihari demi mencari rezeki untuk keluarga, tapi lembaga hitam ini senang-senang saja mengganggunya.

Tempat kerjanya pula bukannya dekat, hampir 20 kilometer jauhnya dan dia hanya ada basikal. Gajinya kecil, motorsikal pun tidak mampu beli, tetapi kenapa mahluk ini menghalang perjalanannya?

Tanpa sedar air mata Rahman mula menitis ke pipi. Rahman teringatkan isteri dan anaknya yang menunggu kepulangannya. Dia memandang lembaga hitam yang masih tercegat di depannya.

"Kenapa kau ganggu aku? Aku ni miskin, anak-anak aku kecil lagi. Pergilah dari sini, jangan kacau aku" dia merayu. Namun lembaga hitam itu tetap berdiri di situ. Dia bagai menanti masa untuk melakukan sesuatu.

"Tolonglah pergi dari sini. Aku nak balik cepat, esok jam 8 pagi aku kena ada di tempat kerja. Aku penat, aku nak tidur. Ini laluan aku mencari rezeki, kau pergilah tempat lain. Tolonglah.." air matanya makin laju menitis.

Oleh keran lembaga itu tidak mahu pergi, Rahman mula meminta simpati. "Kita ni hamba Allah, kita sama-sama nak hidup, jadi kenapa kau ganggu aku? Ini jalan aku, tolonglah ke tepi, aku nak jumpa anak isteri aku.."

Dia menunggu lama reaksi lembaga itu. Lama menunggu, namun ia tetap tidak mahu ketepi. Akhirnya daripada sedih, timbul pula perasaan marah. Sudahlah penat, kena hujan lagi, kini mahluk ini mahu tunjuk keras kepala pula! Ini tidak boleh jadi! Rahman tidak mahu berlembut lagi.

"Kurang ajar! Aku suruh pegi cara baik, kau tak nak pergi ya, kau tunggu..tunggu!" Rahman sudah marah sangat.

Dia sudah tidak peduli, hantu ke, jembalang ke, hantu galah ke, hantu tinggi ke, dia tidak kisah. Dia sudah penat! Sejuk dah mahu balik sekarang juga!

"Kau ingat aku takut, haaa...tunggu situ!"

Rahman menggenggam handle basikalnya dengan kemas dan terus mengayuh basikalnya seberapa laju yang mungkin dan menghala ke arah makhluk tersebut. Lantaklah..dia mahu melanggarnya!

Basikal semakin laju, laju dan laju. Jarak semakin dekat..lima meter, empat, tiga dan kira-kira semester sebelum merempuh makhluk itu. Rahman memejamkan matanya, tiba-tiba..

DUPPP!

Serentak itu Rahman jatuh tergolek. Basikalnya terpelanting. Dia cepat-cepat bangun dan meraba-raba apa yang ada sekelilingnya. Rupanya Rahman melanggar busut yang tumbuh beberapa meter di tepi jalan.

Lembaga hitam dan tinggi sudah lenyap. Hilang dalam sekelip mata. Segera Rahman bangun, capai basikalnya dan memecut pulang.

///

Kesian Rahman, dah la letih tergolek jatuh pulak tu :((

Tahniah pada rakan kita yang menang dalam pertandingan Wattys Awards. Dan bagi yang siapa tak terpilih untuk menang, shhh..jangan risau! Masih ada peluang lagi untuk tahun hadapan!

Vote [/]
Comment [/]

Scaryforkids-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now