79 ; The Headphone Guy

22.9K 1.5K 301
                                    

***

Original Story

Aku selalu bertemu dengan lelaki itu di stesen bus untuk menuju ke sekolah . Lelaki itu masih lagi muda sebaya dengan ku atau sekitar 18-20 tahun.

Dan setahu aku namanya Alan. Ini kerana ia amat popular dengan wajahnya yang kacak

Dengan rambut bewarna coklat , jawline yang perfect , mata birunya yang cerah di sebalik cermin matanya . Dia selalu memakai jaket panjang atau hoodie hitam dan berseluar jeans.

Pendek kata ia cukup menarik dan aku menyukai lelaki yang type macam tu . Dan tidak lupa.. ia selalu memakai headphone. Saat berjalan , ataupun duduk di dalam bus.

Nampaknya ia selalu suka musik tidak peduli walaupun cuaca panas atau bus sedang sesak penuh dengan penumpang , dia tetap terlihat santai.

Aku iri hati dengan ketenangannya . Tak banyak orang seperti dia di bandar ni.

Sekali-sekala kami duduk agak dekat , aku suka melihatnya dari jarak dekat , dia amat menarik!
Kadang-kadang kalau ada yang sapa atau menegurnya dia pasti tersenyum manis , ah..senyumannya.. aku terlalu ingin menegurnya tapi tidak berani.

Suatu hari , saat menunggu bus untuk pulang ke rumah , aku melihat dia duduk sendirian sambil membawa barang yang amat banyak . Di tangannya , ada satu beg plastik yang penuh dengan buku-buku yang nampaknya sudah tua.

Aku tak tahu adakah dia akan membaca buku-buku tu atau ingin menyumbang kepada perpustakaan . Tapi kali ni dia kelihatan kesusahan dengan buku dan barang yang banyak itu sehingga tidak memakai headphonenya.

'Patut ke aku tegur dia?' Soal ku dalam hati 'ini akan menjadi permulaan yang baik' kata ku lagi.

Tepat pada masa itu, sebuah bus berhenti dan dia berdiri lalu ada 3 atau 2 buah bukunya yang terjatuh, terjatuh di sebelahku.

'Peluang!' Kata ku dan lantas bangun untuk mengambil bukunya.

"Terima kasih" ucapnya sambil tersenyum dan memandang ku.

"Sama-sama" balas ku lalu memasukkan balik bukunya di dalam beg plastik itu.

Akhirnya dia bercakap dengan ku! Suaranya amat lembut dan dalam, tangan ku sedikit gementar apabila dia berjabat tangan denganku.

"Awak tak naik sekali?" Soalnya masih tersenyum.

"Um..ah um..tidak, saya naik bus seterusnya"

Alan mengangguk "kalau begitu terima kasih ya , ouh ya.. nama saya Alan, jumpa lagi nanti"

Aku hanya dapat mengangguk , lalu dia masuk ke dalam bus.

Akhirnya aku dapat bercakap dengannya
Ah...mungkin hari seterusnya aku dapat bercakap dengannya nanti , aku duduk kembali di agas bangku.

Eh?

Lamunan ku terputus apabila terlihat sebuah telefon bewarna hitam , nipis sangat dan kelihatan amat senang untuk aku patahkan.

Terlintas dalam fikiran ku bahawa Alan pernah mengeluarkan phone ni untuk memilih lagu.

Mungkin phonenya terjatuh dari poket seluarnya.

"Lagu apa ye yang dia selalu dengar?" Soal ku seorang diri , muncul idea untuk aku memeriksa playlist musiknya , aku ingin tahu lagu apa yang selalu dia dengar.

Omo..

Biar betul?

Aku melihat title playlistnya , amat aneh..

'1A_Dog'
'2Cat'
'3LittleSister'
'4Maria'

Dan

'5MechanicGuy'

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now