46 ; White Dress

24K 1.9K 129
                                    

***

Ia terjadi sebelum malam majlis tari menari di sebuah sekolah Kate

Kate pada masa itu kesuntukan wang untuk membeli dress baru ,  dia hanya seorang gadis biasa-biasa sahaja . Tidak kaya dan tidak miskin hanya berada di pertengahan

Di hari yang sama,  dia pergi menghadiri sebuah upacara pemakaman seorang jirannya
Saat dia tiba di majlis itu ,  Kate melihat jasad  perempuan itu , lebih kurang seusia dengannya terbaring kaku di dalam peti hitam itu

Saat semua orang yang berada di dalam church sedang membaca (doa agamanya)
Kate dengan perlahan menuju ke arah peti perempuan itu lalu menunduk,  dia melihat dress yang dipakai perempuan itu sangat cantik dan baru

Saat majlis bacaan selesai , pengurus pemakanan memberi tahu bahawa sudah tiba waktunya peti perempuan itu ditutup dan disimpan dahulu sebelum dikebumikan esok
Peti perempuan itu dikunci dengan mangga yang besar

Setelah semua orang meninggalkan ruangan itu , Kate berjalan masuk ke dalam ruangan di mana peti perempuan itu disimpan , dia mempunyai satu idea

Kate mencari satu benda tajam untuk mencungkil mangga dari peti itu,  apabila mangga itu terbuka dengan cepat Kate membuang dress yang dipakai perempuan itu lalu menutup kembali peti perempuan itu lalu dikunci

Esok malamnya ,  Kate memakai dress putih yang cantik itu lalu pergi ke majlis tari menari di sekolahnya
Sedang dia menari dengan lelaki yang dikenalnya,  dia mula rasa semacam kekakuan di kedua tumitnya

Lama kelamaan kekakuan itu menjalar di seluruh ototnya mengakibatkan dia susah hendak berjalan kerana rasa mengeras.
kate menganggap mungkin ada yang salah dengan dress yang dipakainya jadi dia pergi ke tandas
Kate membuang dress putih dari tubuhnya untuk memeriksa namun tiada yang pelik dengan dress putih itu

Lalu Kate kembali memakai dress putih itu
Saat menari , tubuhnya semakin terasa dingin dan kaku hingga akhirnya begitu kaki sehingga tidak dapat berjalan sedikit pon
Ambulan datang dan Kate di bawa ke hospital

Doktor yang merawat Kate mengesahkan bahawa Kate sudah pun mati

Tapi sebenarnya dia masih hidup!

Dia dapat lagi mendengar apa yang dibicarakan mereka hanya matanya sahaja tertutup tidak dapat dibuka  , dia tidak dapat bergerak dan bercakap

Akhirnya, Kate hanya dapat berbaring kaku di dalam peti saat upacara pemakamannya dimulakan
Dia berusaha untuk bergerak dan menjerit namun dia tidak mampu dengan perlahan petinya dikunci dan disimpan untuk dikebumikan esok.

Hari berikutnya,  sedang pengurus sedang menimbus peti Kate sedikit demi sedikit dengan tanah, Kate dapat mendengar percakapan mereka

"Kau ade dengar tentang satu kejadian tadi pagi?"
Soal salah seorang penggali

"Tidak,  ade apa?"

"Seorang asisten tadi mendengar bunyi ketukan berasal dari salah satu peti .  Jadi dia membuka peti itu lalu seorang perempuan hanya berpakaian dalam keluar dari peti,  perempuan itu bagitau yang dirinya adalah mangsa dari ritual voodoo.  Seorang lelaki menghadiahkan dia sehelai dress putih yang sudah ditaburkan dengan habuk orang mati  . Ia membuat seseorang memakai dress itu sudah mati padahal dia masih hidup"

"Haaah?" Terkejut rakannya

"Aku curiga dengan apa yang terjadi dengan dress itu sekarang"

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now